Kredit foto: Instagram @rnadiasabrina

Aktres sensasi, Lindsay Lohan memberi kejutan apabila hadir ke acara Minggu Fesyen London Modest dengan penampilan bertudung, baru-baru ini.

Bintang Hollywood itu mendapat perhatian bukan sahaja kerana mengenakan tudung, malah berpakaian kemas dan menutup aurat.

Para selebriti tempatan yang hadir tidak melepaskan peluang memuat naik gambar mereka bersama Lohan yang amat mesra dengan tetamu dan peminat.

Antara selebriti tanah air yang berswafoto bersamanya ialah Datin Norjuma dan Raja Nadia Sabrina.

lindsay lohan bertudung selebriti malaysia berswafoto bersama 2

Kredit foto: Instagram @aidijuma

Terlebih dahulu, pelakon filem Mean Girls itu berkongsi video Instagram Live yang memperlihatkan beliau sedang belajar mengenakan tudung.

Rakaman sebelum ketibaannya ke acara itu, antara lain memaparkan luahan bintang Hollywood ini yang ingin bertudung secara tradisional.

Terdahulu, Lohan pernah mencetuskan sensasi selepas beberapa kali membuat kemunculan dalam keadaan bertudung dan memegang Al-Quran.

Segelintir pihak mendakwa beliau telahpun memeluk Islam, namun tiada bukti sahih yang mengesahkan spekulasi itu.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)