Oleh pada 27 Apr 2017 kategori

khai bahar jawab isu tewaskan aiman tino 1

Kredit foto: Instagram Khai Bahar

Diumumkan sebagai pemenang Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 baru-baru ini, kemenangan penyanyi Khai Bahar menjadi pertikaian oleh sesetengah pihak. Ini berikutan daripada segi populariti, ramai yang menjangkakan penyanyi remaja Aiman Tino bakal marangkul anugerah tersebut.

Menjawab isu itu, Khai tampil dengan jawapannya yang tersendiri. 

khai bahar jawab isu tewaskan aiman tino 2

Kredit foto: Instagram Khai Bahar

Ini bukan usaha saya seorang tetapi usaha daripada peminat-peminat saya dan termasuklah ahli keluarga saya juga. Oleh itu dengan kemenangan ini saya bersyukur alhamdulillah. Berkongsi mengenai usaha sebelum ini, saya sebenarnya selalu berkongsi info tentang pencalonan saya di AME 2017 menerusi Instagram, jadi saya suruh juga mereka undi. Bukan kerana saya seorang saja yang mahu menang, tetapi mereka yang selalu menyokong saya selama ini dan mahu lihat saya menang, jadi anugerah ini untuk mereka semua.

Sumber: Media Hiburan 

Kemenangan Khai turut menimbulkan kekecewaan di kalangan peminat calon artis yang bertanding. Namun baginya, dia tetap menghormati kehebatan nama-nama besar yang tersenarai dan menyifatkan kemenangannya kerana rezeki dan usaha peminat. 

khai bahar jawab isu tewaskan aiman tino 3

Kredit foto: Instagram Khai Bahar

Saya anggap ini rezeki saya dan kemenangan di AME2017 adalah hasil daripada undian penyokong-penyokong saya. Makanya daripada situlah terbukti siapa yang sokong kita. Fasal barisan nama-nama hebat mereka tetap lagenda. Sebagai artis baru ini adalah petanda baik untuk saya. 

Sumber: Media Hiburan  


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)