Sedar tak sedar, sedang anda bergerak sekarang, Google Maps sedang memantau dan menjejaki perjalanan anda ke mana sahaja anda pergi. Sama ada anda pergi melancong ke London atau Seoul, mahupun jika anda hanya ke Mydin untuk membeli barang dapur, semuanya akan dijejaki. Jejak pengguna telefon pintar selama ini telah dikesan dengan tanda titik merah pada peta untuk menandakan ke mana anda pergi dan lokasi anda dengan lebih jelas.
BESARKAN TEKS A- A+
Jika anda tak percaya, penahkan anda menonton movie Minority Report, dimana Tom Cruise sedang melarikan diri daripada pihak berkuasa, tetapi tak dapat mengelak dikesan kerana ke mana sahaja beliau pergi, beliau dapat dikesan dengan mudah oleh mereka? Ini lah apa yang sedang berlaku kepada anda.
Anda juga boleh jejaki diri anda untuk melihat sama ada apa yang kami cakapkan betul atau tidak. Hanya log masuk dengan menggunakan akaun yang sama yang anda gunakan pada telefor pintar anda. Anda dapat melihat rekod semua tempat yang anda pergi.
Ikut link ini : https://maps.google.com/locationhistory/b/0
Ia merupakan satu fakta bahawa tak kiralah apa jua privasi yang anda cuba gunakan pada telefon pintar anda, informasi anda masih boleh dikumpulan dan disimpan oleh mereka. Namun anda masih boleh kurangkan diri anda dijejaki dengan mengikut prosedur-prosedur ini. Ikut cara-cara ini dengan teliti dan kongsi informasi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
Bagaimana untuk hentikan diri anda dijejaki dan padam history
Untuk menyemak sama ada history lokasi anda aktif pada akaun anda atau tidak, pergi ke Google Maps Location history, dan klik butang berbentuk gear untuk akses "history settings".
Anda boleh pilih "pause location history", dengan ini, lokasi anda tidak boleh lagi disimpan jika anda menggunakan Google Maps. Tapi, harus diingat, jika anda menggunakan servis "search" atau "maps" sesetengah data lokasi yang berkaitan dengan aktiviti anda mungkin akan disimpan.
Walaubagaimanapun, dengan mematikan history lokasi tidak akan memadamkan history lama.
Jika anda mahu buang lokasi yang disimpan sebelum ini, klik pada butang gear tadi, dan "delete all location history".
Walaupun perkara ini kadang-kadang bagus untuk mengetahui ke mana anda pergi jika anda merupakan seorang pengembara yang memerlukan setiap jejak anda disimpan, namun ia agak bahaya kerana privasi anda tidak lagi selamat.