Dalam dunia moden, beberapa negara berhadapan dengan pertikaian sempadan.

Dan ini boleh menjadi masalah kepada perkhidmatan pemetaan kerana mereka biasanya perlu memberi wilayah itu kepada satu negara atau melabelkannya sebagai dipertikaikan.

Peta Google atau Google Maps adalah perkhidmatan pemetaan yang paling popular di dunia, jadi tidak hairanlah bahawa syarikat ini sering terjebak dalam perbalahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

google map menjadi punca pargaduhan negara

Kebanyakan negara akan mengeluh jika Google memberikan wilayah yang dirasakan milik mereka kepada pesaing. Malah, mereka juga tidak akan bersetuju jika Google menyenaraikan rantau tersebut sebagai dipertikaikan.

Pada masa-masa yang lain, Google telah membuat kesilapan dan melabel kawasan yang sebelum ini dipertandingkan sebagai sebahagian daripada negara saingan, menyebabkan kejadian memalukan berlaku.

6. Nicaragua ceroboh Costa Rica menggunakan Peta Google

nicaragua serang costa rica

Pada tahun 2010, tentera Nicaragua menyerang Pulau Calero di Costa Rica selepas menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayah Nicaragua.

Eden Pastora, komander tentera tersebut telah menggunakan Peta Google untuk merancang misi serangan. Peta Google telah tersilap menyenaraikan 2.7 kilometer sempadan Costa Rica sebagai sebahagian daripada Nicaragua.

Ia membuatkan Costa Rica terkejut dengan serangan itu. Nicaragua telah mendakwa pemilikan kawasan itu sejak 1897 apabila ia mengisytiharkan bahawa Perjanjian Canas-Jerez 1858 memberikannya kawalan pulau itu.

Pertikaian itu diselesaikan semasa Anugerah Arbitrase Pertama tahun 1897 ketika wilayah itu diserahkan kepada Costa Rica dan telah dikawal oleh mereka sejak dahulu.

Costa Rica menyeret Nicaragua ke Pertubuhan Negara-Negara Amerika dan mengancam untuk merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas insiden tahun 2010 itu.

Costa Rica juga meminta agar Google membetulkan petanya. Samuel Santos, menteri luar Nicaragua, tidak bersetuju dengan mengatakan bahawa Google tidak sepatutnya menukar peta kerana pulau tersebut adalah milik Nicaragua.

5. Google "serahkan" pelabuhan Jerman kepada Belanda 

google serahkan pelabuhan jerman kepada belanda

Jerman mempunyai perselisihan dengan Belanda disebabkan oleh lokasi sempadan mereka di sepanjang muara Ems, walaupun kedua-dua negara bersetuju bahawa muara itu mengandungi sempadan mereka pada suatu ketika.

Google memburukkan pertikaian apabila ia melabelkan sebahagian muara yang mana kedua-dua negara bersetuju bahawa ia dimiliki oleh Jerman sebagai milik Belanda.

Kawasan yang dipanggil Dollart Bay, mempunyai pelabuhan yang memberikan perkhidmatan kepada bandar Emden, Jerman.

Pelabuhan itu dilabel sebagai sebahagian daripada wilayah Belanda. Warga Emden menyedari akan kesilapan ini beberapa tahun sebelum kemarahan membuak.

Mereka berhubung dengan pegawai bandaraya yang menghubungi Google. Walau bagaimanapun, Google tidak pernah membetulkan kesilapan ini.

4. Negeri di India hilang dalam Peta Google China  

pertikaian india dan china

Arunachal Pradesh adalah satu wilayah yang dipertikaikan antara India dan China. Kedua-dua negara juga berperang disebabkan oleh wilayah itu pada tahun 1962.

Walaupun India kini menganggap Arunachal Pradesh sebagai salah satu daripada 29 negari di India, China menegaskan ia adalah sebahagian daripada Tibet selatan.

Pada tahun 2009, Peta Google memaparkan dua hasil berbeza untuk Arunachal Pradesh bergantung kepada negara di mana carian dilakukan.

Arunachal Pradesh ditunjukkan sebagai sebahagian daripada India kepada orang India dan sebahagian daripada China bagi orang di China.

Walau bagaimanapun, Google membiarkan rantau ini tanpa label pada petanya di China. Arunachal Pradesh telah disenaraikan sebagai wilayah yang dipertikaikan dalam peta antarabangsa Google. 

3. Sepanyol berang Google berikan pulau kepada Maghribi

pertikaian pulau antara maghribi dan sepanyol

Pulau Parsley adalah sebuah pulau kecil yang tidak didiami terletak berhampiran pantai Maghribi di Afrika Utara.

Kelihatan seperti seketul batu berbanding sebuah pulau, rantau ini adalah puncah perselisihan antara Sepanyol dan Maghribi.

Kedua-duanya mendakwa ia sebagai sebahagian daripada wilayah mereka. Malah, negara-negara ini tidak menyetujui akan nama pulau ini.

Sepanyol memanggilnya sebagai Isla de Perejilor ("Pulau Parsley"), manakala Maghribi menyebutnya sebagai Leila ("Malam").

Pada Julai 2002, pulau itu merupakan pusat kebencian di antara kedua-dua negara selepas ia diduduki oleh beberapa askar Maghribi.

Sepanyol mengerahkan tenteranya sendiri untuk mengusir askar Maghribi dan kedua-dua negara kekal buntu sehingga Amerika Syarikat campur tangan.

Sepanyol dan Maghribi bersetuju untuk meninggalkan pulau itu, yang telah disenaraikan sebagai "di bawah kajian" dan tidak dimiliki oleh mana-mana negara.

Google menghidupkan semula konflik ini pada tahun 2010 apabila ia memaparkan pulau ini sebagai sebahagian daripada wilayah Maghribi.

Google kemudian menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan dan akan menyenaraikan pulau itu sebagai "wilayah yang dipertikaikan."

2. Peta Google labelkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China

pertikaian sempadan china dan taiwan

China dan Taiwan mempunyai hubungan bergelora sejak Taiwan mengisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.

Taiwan menjadi taklukan China pada tahun 1683 dan kemudian diserahkan kepada Jepun pada tahun 1895. China mendapat pulau itu kembali pada 1945 selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia II.

China kemudiannya terjebak dalam perang saudara dahsyat yang berakhir dengan kemenangan kepada komunis di bawah arahan Pengerusi Mao Tse-tung pada tahun 1949.

Kerajaan Kuomintang, yang memerintah tanah besar China sebelum kekalahan itu, melarikan diri dengan 2 juta penyokong ke Taiwan di mana mereka menubuhkan kerajaan baru.

Kebanyakan negara mengakui Taiwan sebagai kerajaan yang sah di bawah China sehingga tahun 1971 apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengiktiraf tanah besar komunis China sebagai kerajaan yang sah.

Sejak itu, status Taiwan telah dipertikaikan. Walaupun Taiwan menegaskan bahawa ia adalah negara merdeka, China mengatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China.

Pada tahun 2005, Peta Google terlibat dalam konflik itu selepas menggambarkan Taiwan sebagai "wilayah China." Kerajaan Taiwan membantah nama itu, menegaskan bahawa pulau itu bukan sebahagian dari China.

Google mengemas kini petanya dan mengeluarkan nama Taiwan daripada huraian kontroversial itu. Keputusan itu menyebabkan ketidakpuasan hati di tanah besar China dan warga China mengancam untuk memboikot perkhidmatan Google.

Seorang jurucakap menafikan bahawa Google telah mengeluarkan "wilayah China" dari nama Taiwan kerana dibantah oleh Taiwan.

Beliau berkata bahawa Google memadamkan frasa itu kerana ia mempengaruhi pengalaman pengguna peta sekarang yang lebih besar.

1. Peta Google serahkan wilayah Kemboja kepada Thailand

kuil preah vihear

Sempadan Kemboja-Thailand adalah antara satu perkara yand diperdebatkan. Kawasan sekitar Kuil Preah Vihear adalah salah satu kawasan yang paling terkenal di sepanjang sempadan ini.

Pada tahun 1962, sebuah mahkamah antarabangsa memutuskan bahawa kuil itu adalah milik Kemboja. Walaupun Thailand bersetuju dengan penghakiman itu, mereka menganggap kawasan di sekeliling kuil sebagai sebahagian dari Thailand.

Pada tahun 2010, Google mendapati mereka terlibat dalam perbalahan ini selepas ia menyenaraikan sebahagian wilayah yang dipertikaikan sebagai milik Thailand.

Ketika itu, kedua-dua negara terlibat dalam beberapa pertempuran yang dashyat di sempadan. Perdana menteri Kemboja yang marah mengatakan bahawa keputusan Google untuk memberikan sempadan ke Thailand sebagai "untuk menarik perhatian", "mengelirukan," dan "tanpa kebenaran dan hakikat".

Beliau menambah bahawa Google "tidak bertanggungjawab" dan meminta syarikat itu menukar petanya untuk menunjukkan realiti keadaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)