hq google

Google merupakan antara salah satu gergasi internet yang berjaya menyusup masuk ke setiap pelusuk tempat di dunia ini, sehinggakan sebahagian daripada kita menggunakan pelbagai variasi produknya.

Antara produk Google yang paling terkenal termasuklah enjin carian Google Search dan juga Gmail. Sehingga kini, tiada enjin carian yang dapat menandingi kehebatan Google.

bangunan google

Namun, tak semestinya semua produk yang dilancarkan oleh mereka akan berjaya menarik pengguna di seluruh dunia.

Oleh itu, iluminasi.com kongsikan di antara 7 produk Google yang menemui kegagalan dan akhirnya dihentikan perkhidmatannya.

7. Google Print Ads dan Google Audio Ads (Mei 2007 - Februari 2009)

google audio ads

Google Advertise atau apa yang dikenali sebagai Google Ads adalah sangat laris di dunia Internet. Tetapi ternyata pengiklanan Google tidak terhenti setakat itu sahaja dan telah menembusi dunia percetakan dan radio.

Apa yang dimaksudkan adalah Google Print Ads dan Google Audio Ads. Ia dilancarkan pada tahun 2007.

Namun disebabkan oleh popularitinya yang jauh daripada apa yang diharapkan maka pada awal tahun 2009, Google terpaksa menghentikannya kedua-duanya selepas 2 tahun percubaan.

Kedua-dua produk ini gagal di pasaran kerana eksekutif tertinggi pihak radio dan percetakan tidak berminat untuk mengubah sistem pengiklanan mereka mengikut cara Google.

6. Google Buzz (Februari 2010 - Disember 2011)

google buzz produk google yang gagal

Google Buzz adalah satu produk Google yang dicipta untuk menyediakan kemudahan berkongsi dalam pelbagai aktiviti online di antara pengguna Google dan akaun Gmail. 

Malangnya untuk pelaksanaan ini, Google Buzz telah dikritik kerana privasinya dan masalah keselamatan peribadi. Sebenarnya, idea produk ini adalah untuk menghasilkan rangkaian media sosial seperti Facebook atau Twitter.

Sebaliknya, ia Google Buzz tidak dapat menepati apa yang dikehendaki dan jauh menyimpang. Ia kemudiannya dianggap sebagai satu kegagalan dan ditutup pada penghujung tahun 2011.

5. Google Health (Mei 2008 - Januari 2012)

google health

Google health adalah satu perkhidmatan yang boleh digunakan untuk menghantar maklumat kesihatan kepada pengguna, sama ada secara manual atau dengan log masuk ke dalam akaun penyedia kesihatan yang bekerjasama dengan Google.

Selepas maklumat kesihatan dihantar, maklumat tersebut boleh diakses di mana-mana sahaja dan semua masalah kesihatan dari segi pencegahan atau yang serupa dengannya akan diketahui oleh pengguna.

Produk ini dikatakan dihentikan perkhidmatannya secara rasmi pada Januari 2012 namun semua rekod kesihatan dan maklumat berkaitan masih boleh diperolehi sehingga Januari 2013. 

Salah satu sebab mengapa produk ini gagal atau diabaikan oleh Google adalah kerana ia tidak tersebar dengan begitu meluas dan tidak memberikan impak yang diharapkan.

4. Jaiku (Februari 2006 - Januari 2012)

jaiku produk google yang gagal

Mungkin anda tak pernah mendengar tentang produk ini, tetapi Jaiku adalah produk Google yang dilancarkan untuk menyaingin Twitter.

Pada mulanya, produk ini dicipta oleh Jyri Engestrom dan Petteri Koponen, yang kemudiannya dibeli oleh Google pada Oktober 2007.

Konsep Jaiku sendiri adalah sangat menyerupai Twitter yang membolehkan para pengguna untuk mengemaskini status mereka dengan pantas.

Namun, produk ini gagal mencabar populariti Twitter. Walaupun tiada berita rasmi tentang mengapa produk ini dihentikan, namun khabar angin mengatakan bahawa Google mahu memberikan lebih perhatian kepada produknya yang lebih penting, iaitu Google+.

3. Google Wave (Mei 2009 - April 2012)

google wave

Google Wave boleh dikatakan sebagai produk gagal Google yang paling terkenal. Ia merupakan sebuah perkhidmatan serbaguna dengan tujuan utamanya iaitu penyuntingan kolaboratif secara real-time.

Perkhidmatan ini dapat membantu anda mengubah e-mel menjadi suara, lagu atau video dan dikirimkan ke pemilik akaun yang lain.

Semua ini dibentuk aliran yang menyerupai chat room dan pengguna boleh membuat perubahan atau suntingan pada mana-mana bahagian dalam aliran tersebut.

Bahagian yang diubah akan bernyala dan memberitahu pengguna lain bahawa terdapat perubahan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, Google Wave juga membolehkan pengguna berkongsi dokumen online, perang mulut online dan banyak lagi.

Akan tetapi perkhidmatan ini gagal di pasaran kerana kesukaran penggunaan dan aplikasi yang agak kompleks.

Malah, video tutorial penggunaannya sahaja mempunyai durasi lebih daripada 1 jam. Kini Google Wave telah diserahkan kepada Apache Software Foundation dan ditukar nama kepada Apache Wave.

2. Google Reader (Oktober 2005 - Julai 2013)

google reader

Dihasilkan pada awal tahun 2005 dan dilancarkan di penghujung tahun yang sama melalui Google Labs, Google Reader adalah produk Google yang membolehkan para pengguna untuk mendapatkan feed atau berita dari RSS laman sesawang yang mereka mahukan.

Laman-laman sesawang tersebut termasuklah blog terkenal atau portal berita yang menyediakan kemudahan RSS.

Walaupun Google Reader mendapat sambutan yang agak baik pada awalnya dan membuatkannya bertahan selama 8 tahun, namun ia ditutup pada Julai 2013 dengan alasan kemerosotan pengguna secara terus menerus selama 1 tahun.

1. iGoogle (Mei 2005 - November 2013)

igoogle mengalami kegagalan

Jika dilihat dari perspektif tertentu, iGoogle adalah satu inovasi yang agak unik. iGoogle membolehkan pengguna mempunyai halaman mereka sendiri dengan pelbagai ciri yang mereka mahu sama seperti "My Yahoo."

Sebagai contoh, suapan berita, Google Chat, Countdown Timer, petikan harian atau permainan boleh diletakkan di atas kehendak pada halaman mereka.

Melihat Google menutup produknya ini, CEO Yahoo Marissa Mayer tidak membuang masa dan mengambil kesempatan dengan membuatkan My Yahoo mempunyai ciri-ciri import bagi pengguna iGoogle.

Sebab mengapa Google menamatkan perkhidmatan produk ini adalah mereka berasakan bahawa iGoogle adalah tidak diperlukan.

Mereka melihat iGoogle akan gagal secara perlahan-lahan kerana diabaikan oleh pengguna bersama-sama dengan pembangunan telefon pintar dan sebagainya.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)