Google Street View menawarkan gambaran ke seluruh dunia yang mana tidak dapat terjangkau oleh pandangan kita sebagai manusia.

Ia membolehkan anda melihat hampir semua jalan dan kawasan di seluruh dunia, kadang-kala ini dilihatkan sebagai sesuatu yang agak ekstrem. Bagi mereka yang sukakan privasi, ini sudah tentu agak keterlaluan dan tidak seharusnya berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nasib baik, anda boleh melakukan sesuatu tentang perkara ini di mana anda boleh meminta Google untuk mengaburkan rumah anda secara kekal.

Ini bermaksud anda boleh "menyembunyikan" rumah anda membuatkan apa yang boleh dilihat hanyalah lokasi alamat yang dikaburkan dan caranya agak mudah.

cara kaburkan gambar rumah anda di google street view

Seperti namanya, Street View yang dilancarkan pada tahun 2007, memberikan pemandangan jalan di banyak bandar di seluruh dunia.

Dirakam oleh kenderaan bergerak dan jurugambar individu yang dilengkapi dengan peralatan canggih, Street View menjadi kontroversi sejak ia mula dilancarkan.

Pada tahun 2008, pinggir bandar Minnesota di North Oaks memutuskan bahawa ia tidak mahu gambarnya dipaparkan dalam perkhidmatan Google ini dan mengancam akan mendakwa Google kerana menceroboh.

north oaks as

Dengan ini, Google telah menurunkan imej yang mereka ambil melibatkan North Oaks.

Pada tahun 2009, organisasi Privacy International mengajukan aduan rasmi ke Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) UK yang mendakwa bahawa Google gagal untuk menyembunyikan identiti individu yang mereka rakam.

Menurut BBC yang melaporkan hal ini, kegagalan oleh Google ini boleh memberikan kesan yang serius.

Aduan yang dibuat kepada Privacy International menjelaskan, "Di antara mereka adalah seorang wanita yang telah berpindah rumah untuk melepaskan diri daripada pasangan ganas namun dilihat berada di luar rumah baharunya melalui Street View,".

Selain itu, 2 rakan sekerja mengadu gambar yang diambil oleh Google telah menyebabkan mereka berasa malu apabila gambar tersebut tersebar di tempat kerja mereka.

Pada tahun 2010, Google mengakui bahawa kenderaan Street Viewnya yang mengelilingi kawasan kejiranan di seluruh dunia termasuk rumah anda, telah mengumpulkan maklumat dari rangkaian WiFi yang tidak disulitkan secara diam-diam selama bertahun-tahun.

Anda mempunyai hak untuk mengelakkan semua ini berlaku dan boleh meminta agar Google mengaburkan imej rumah anda dalam Google Street View.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

jalan parlimen malaysia 718

1. Layari Google Maps dan masukkan alamat rumah anda. Contoh alamat yang digunakan adalah "Jalan Parlimen".

ikon manusia kuning google

2. Masuk ke mod Street View dengan mengheret ikon "orang" berwarna kuning di suduh bawah kanan skrin, ke bahagian peta rumah anda.

contoh alamat parlimen 52

3. Dengan skrin memaparkan imej rumah anda atau alamat yang dimasukkan, klik "Report problem" di sudut bawah kanan skrin

cara kaburkan gambar rumah dalam google street view

4. Muatkan imej rumah anda dalam rangka berwarna merah yang disediakan, dan pilih "My home" di bahagian "Request blurring".

5. Tulis di bahagian yang disediakan mengapa anda mahu imej tersebut dikaburkan, sebagai contoh bimbangkan keselamatan anda dan lain-lain.

6. Masukkan e-mel dan tekan "Submit".

Sebelum mengambil tindakan ini, pastikan anda benar-benar mahu melakukannya kerana Google memberi amaran bahawa sebaik sahaja anda mengaburkan imej rumah anda di Street View, ia akan kekal.

Dan jangan bimbang kerana anda tinggal di rumah tersebut, dan jika anda perlu lihat bahagian hadapan rumah anda, apa yang perlu dilakukan hanyalah keluar dan lihat secara live.

Selepas anda tekan "Submit", anda akan menerima e-mel dari Google yang mengatakan ia "menyemak gambar yang anda laporkan dan akan menghantar e-mel kepada anda apabila permintaan anda diselesaikan".

blurkan gambar rumah anda di google street view

Google juga mungkin akan mengambil tindakan susulan, melalui e-mel, dan meminta anda untuk lebih khusus mengenai kawasan yang anda mahu kaburkan.

Sekiranya ini berlaku, anda perlu melakukan keseluruhan proses lagi dengan kali ini perlu memperincikan kawasan tertentu gambar yang anda mahu kabur dengan lebih jelas.

Tidak pasti berapa lama Google mengambil masa untuk memproses permintaan ini, jadi jika ini yang anda mahukan maka anda perlu lakukannya sekarang.

Rujukan:

1. Google

2. Mashable

3. Petapixel




Hakcipta iluminasi.com (2017)