Oleh pada 21 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Puteri Balqis & Youtube TV3 Malaysia Official

    

Ibu pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menepis dakwaan kononnya ada menerima wang sumbangan sejumlah RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Norashikin berkata, tuduhan itu tidak lebih daripada sekadar fitnah daripada pihak tertentu.

    

forex

Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

     

“Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.

“Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.

“Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami,” katanya yang mengakui terkilan.

Sementara itu, mengulas tindakan anaknya yang menyahaktif akaun Instagram, Norashikin memberitahu ia rentetan tindakan banyak pihak yang menghantar mesej peribadi membabitkan isu yang mengheret mereka kebelakangan ini.

“Betul, Aqish (Puteri Balqis) tutup Instagram.

“Jadi, buat sementara waktu dia tidak mahu ada Instagram. Dia mahu fokus pada diri sendiri dan menjual buku. Ini saja yang kami ada sekarang. Tapi, jangan pula anggap Aqish tutup Instagram sebab nak lari. Itu tidak sama sekali. Tak elok tuduh kami macam itu.

“Kami tidak ke mana-mana, masih lagi menjual buku macam biasa. Kami lebih tenang tanpa sosial media. Jangan risau, kami sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan macam kami. Setiap hari kami pergi cari orang-orang yang susah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri turut menafikan dakwaan pemberian jumlah sumbangan wang yang diperkatakan.

“Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu,” katanya.

    

Sumber berita: Ibu Puteri Balqis terkilan terus jadi mangsa fitnah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)