Oleh pada 21 Jul 2017 kategori

Kredit foto: timeout.com

Baru-baru ini penyanyi Fynn Jamal tampil mendedahkan perangai buruk pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Asmia.

Menurut Fynn, dia tidak sangka layanan baik yang diberikan selama ini dibalas dengan kejam.

Sebuah peristiwa telah membongkarkan perangai sebenar pembantu rumahnya di belakang beliau.

Kenyataan tersebut yang diluahkan di laman Instagramnya itu turut disertakan dengan sebuah video bukti yang memaparkan sesuatu yang dipercayai adalah sebekas serbuk kunyit yang dipenuhi kutu beras atau bubuk yang menjijikkan. 

fynn jamal terkejut perlakuan jijik pembantu rumah 2

Kredit foto: Instagram Fynn Jamal

Gelikan? Inilah dia balasan kebaikan kami daripada pembantu yang aku layan setara bagai sahabat. Makan semeja, jalan bersama, dimewahkan dengan hadiah, diberi bilik tetamu, bukan bilik bibik, dipejamkan mata walau malas nauzubillah. Semuanya atas alasan - tak apa, sekurang-kurangnya dia sayang anak kita. Sebab depan kita, subhanallah, dipeluk, dicium, dikasih anak kita, jadi tak apa. Segalanya tak apa. Bangun lagi lambat daripada kita, pakai barang kita, tak jaga barang-barang rumah kita, membetulkan kerosakan yang dia buat di rumah ni. Hanya kerana dia sampai ribu-ribu semua tak apa. Asalkan sayang anak kita. Tapi tadi dah tertangkap kali ketiga buat tak baik dengan anak kita. Dia ingat semua keluar tinggalkan Juna pada dia sebab saya tersalah beritahu semua pergi tinggalkan rumah kecuali dia. Jadi perangai dia terzahir tanpa mengetahui papa di tingkat atas. Juna menangis dan menjerit tetapi dipedulikannya. Sebab dia nak juga layan drama Filipina kegemaran dia. Allahu akbar bayangkan, apalah yang anak aku reti adukan. Dulu masa Bang Chik lari, aku doa sangat-sangat minta Allah tunjuk segala yang tersembunyi dalam rumah ni. Perlahan-lahan Allah singkapkan. Gaji lagi mahal daripada penjaga stor butik. Kita kenang sebab dia ada mak abah. Setiap bulan ada sahaja keluarga sakit, ada saja nak pakai duit. Kita bersabar. Minta tolong mengemas rumah macam mengemis. Sebab dia suka hempas-hempas tak cukup rehat. Jadi selalunya aku juga yag uruskan. Masak tak pernah. Bergayut dengan jejaka-jejaka sini sana. Tertangkap depan kitapun bukan nak minta maaf. Setakat matikan telefon kemudian buat selamba. Ni aku ambil telefon dia, bila semak Whatsapp terbukti semuanya. "Bos saya di sini. Tunggu. Nanti saya telefon awak." Fuh, dia yang telefon lelaki-lelaki tu semua. Antara mesej perbualan mereka lebih kurang macam ni - "Mana dapat nombor telefon saya ni?" "Nak mandi, awak jangan pula bayangkan saya tengah mandi ni ya?" Berbual dengan ramai lelaki yang bukan suami. Terbukti sebab dia suka ambil gambar skrin telefon ketika sedang berbual menggunakan panggilan video. Ya Allah berikan aku kesabaran. Kasihankan anak aku. Ni yang tertangkap, yang selama ni anak aku tanggung? Berapa lama dia berlakon macam ni? Kalau bukan Bang Chik lari masa tu, mesti masih tak perasan semua ni. Sekarang dah terbuka belang. Dia dah malas nak berlakon lagi. Allahu akbar. Wahai Allah, aku serahkan dia pada engkau.

Sehingga kini video berkenaan telahpun menerima lebih 100 ribu kali tontonan.  

Menerusi reaksi balas netizen di ruangan komen, ramai yang terkejut kerana rata-ratanya mengenali Asmia yang kerapkali diceritakan Fynn menerusi kiriman-kiriman Instagramnya yang terdahulu.

Malah, ada yang meminta Fynn berkeras hati untuk menghentikan perkhidmatan Asmia kerana perbuatannya yang sememangnya tidak boleh dimaafkan.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)