Oleh pada 23 May 2018 kategori

cuba cek rumah tun mesti banyak juga duit kenyataan kontroversi johan as ari 1

Kredit foto: Instagram Johan As'ari & Instagram Tun Mahathir

Gara-gara memuat naik kiriman tweet berkenaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M), aktor Johan As'ari teruk dikecam netizen.

Ini gara-gara perkongsian status aktor itu dilihat ramai seakan menyindir secara sinis Tun M.

"Cuba cek rumah Tun, mesti banyak juga duit," tulis Johan dalam entri di laman Twitternya.

Ternyata ia menimbulkan rasa tidak senang terutama di kalangan pengikut setia Tun M.

Sementara itu, sewaktu netizen tertanya-tanya kemungkinan akaun Twitter pelakon filem Juvana itu digodam, beliau tampil dalam sebuah kenyataan kepada Sinar Harian mengakui kiriman tersebut ditulis sendiri olehnya.

Menurut Johan, apa yang diutarakan tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, sebaliknya hanya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

cuba cek rumah tun mesti banyak juga duit kenyataan kontroversi johan as ari 2

Kredit foto: Twitter Johan As'ari

"Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak," katanya ringkas.

Dalam masa sama, Johan menegaskan kenyataannya tidak bermaksud beliau tidak menghormati perdana menteri negara.

"Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta," katanya.


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)