Oleh pada 16 Aug 2018 kategori

Dunia bola sepak dikejutkan dengan perpindahan pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo ke kelab Juventus dengan nilai perpindahan RM558 juta. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah pendapatan tahunannya mencecah RM140 juta, iaitu RM11.67 juta sebulan, yang mana sangat tinggi memandangkan usianya yang agak lanjut.

Ia membuatkan kita terfikir, dengan pendapatan tak masuk akal bagi orang biasa, pastinya kebanyakan daripada pemain bintang ini melaburkan wang mereka terhadap rumah supaya mereka boleh pulang dan berehat dengan selesa selepas berlatih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 pemain bola sepak dengan rumah antara paling mahal di dunia.

1. Lionel Messi

lionel messi dan isteri

Nilai hartanah: RM35.5 juta

Sering dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah, tak perlu diperkenalkan lagi pemenang 5 kali anugerah Ballon d'Or dan penjaring gol terbanyak bagi Barcelona dan Argentina ini.

Jika anda lihat rumah Messi dari pandangan udara, anda akan tahu betapa beliau sangat cintakan sukan ini.

Terletak di kawasan perbandaran Llavaneres Sant Andreu, kira-kira 32 kilometer di utara bandar Barcelona, rumah ini bernilai RM35.5 juta.

rumah baru lionel messi

rumah baru lionel messi mewah

rumah baru lionel messi 4

Ia diberi nama "One-Zero Eco House" dan ruang kawasan rumah ini dibahagikan kepada dua bahagian seperti padang bola sepak dengan satu sisi dijadikan kolam renang yang sangat luas.

Bangunan rumah yang terletak di tengah-tengah kawasan ini tersangat unik dan jika dilihat daripada atas, ia berstruktur bulat meniru bentuk bola sepak, dengan corak heksagon klasik berfungsi sebagai pembahagi struktur.

Malah, keseluruhan bangunan ini kelihatan membentuk nombor 10, nombor jersi yang dipakai oleh Lionel Messi. Juga dilaporkan bahawa bumbung rumah ini direkabentuk untuk melambangkan anugerah Ballon d'Or.

2. Cristiano Ronaldo

ronaldo dan keluarganya

Nilai hartanah: RM28 juta

Boleh dikatakan pemain terbaik yang pernah melangkah kaki di atas padang bola sepak, seolah-olah apa sahaja yang disentuh Cristiano Ronaldo berubah menjadi emas.

Sering dibandingkan dengan Lionel Messi, Cristiano juga menerima 5 anugerah Ballon d'Or setakat ini dan menjadi pemain bola sepak pertama yang pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali dengan tiga kejuaraan berturut-turut pada tahun 2016, 2017 dan 2018.

Dengan karier yang sangat hebat dan pendapatan yang tak masuk akal, sudah tentu rumah berharga RM28 juta ini adalah biasa baginya. 

rumah cristiano ronaldo di madrid

rumah cristiano ronaldo di madrid 2 455

rumah cristiano ronaldo di madrid 3

Mansion La Finca milik Cristiano adalah satu hasil seni bina yang sangat menonjol di atas tanah berkeluasan 8,600 kaki persegi.

Ia mempunyai 7 buah bilik tidur dan 8 buah bilik air. Rumah yang canggih ini direka oleh A-cero, yang mana digelarkan sebagai pakar rekabentuk di Sepanyol.

Rumah ini juga mempunyai bilik permainan untuk anaknya, Cristiano Jr dan bilik trofi yang memaparkan anugerah-anugerah yang dimenanginya.

Kolam renang pula terletak di bahagian belakang rumah bersama-sama garaj dan sudah tentu, sebuah padang bola mini.

3. Gareth Bale

gareth bale dan isteri

Nilai hartanah: RM30.2 juta

Bintang Wales ini memulakan kariernya bersama kelab Southhampton FC sebagai pemain pertahanan kiri. Pada tahun 2007, beliau berpindah ke Tottenham Hotspur dengan nilai perpindahan sebanyak RM35 juta.

Di bawah bimbingan Harry Redknapp, Gareth Bale telah berubah menjadi senjata maut untuk pasukannya dan sangat terkenal dengan kelajuannya yang menakjubkan.

Beliau dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA tiga kali berturut-turut dari tahun 2011 hingga 2013.

rumah gareth bale 1

rumah gareth bale

Dan pada tahun 2013, beliau mengejutkan dunia dengan nilai perpindahan tertinggi ketika itu iaitu RM468.6 juta, ke Real Madrid.

Kini, Bale tinggal di rumah yang dahulunya dimiliki pemain legenda Brazil, Kaka. Rumah ini terletak di kejiranan yang sama dengan Zinedine Zidane, Cristiano Ronaldo dan pelakon Penelope Cruz.

Ia adalah salah satu kawasan yang paling eksklusif dan bernilai tinggi di Sepanyol, berukuran kurang daripada beberapa batu di setiap arah.

Rumah dua tingkat ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur, enam garaj, kolam renang, gim, dan dua bilik utiliti.

4. Andres Iniesta

andres iniesta dan isteri

Nilai hartanah: RM21.4 juta

Secara umumnya dianggap sebagai pemain tengah paling hebat dalam sejarah, Andres Iniesta menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dengan Barcelona di mana dia adalah kapten pasukan selama tiga musim.

Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 33 piala dan dua treble bersejarah (2009 dan 2015). Beliau juga telah memenangi kejohanan Eropah sebanyak dua kali untuk Sepanyol, serta menjulang Piala Dunia pada tahun 2010.

rumah iniesta

Tidak seperti kebanyakan rumah pemain-pemain bintang, rumah Iniesta terletak di kawasan bandar.

Dinamakan bersempena dirinya sendiri untuk melambangkan kejayaannya, struktur rumah ini dihasilkan untuk kelihatan seperti sebuah muzium.

Rumah yang luas ini memiliki 5 buah bilik tidur, sebuah kolam renang dengan logo Barcelona yang besar di bahagian dasar dan juga sebuah gereja kecil.

5. Neymar Junior

neymar jr

Nilai hartanah: RM21.4 juta

Dengan 57 gol dalam 89 perlawanan dijaringkan untuk Brazil sejak penampilannya pada usia 18 tahun, Neymar adalah penjaring gol ketiga terbanyak untuk pasukan kebangsaannya selepas Pele dan Ronaldo.

Dikenali dengan teknik geleceknya yang pantas dan keupayaan untuk bermain dengan kedua-dua belah kakinya, Neymar telah dibandingkan dengan Pele.

Neymar dinamakan Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik bagi tahun 2011 dan 2012, kemudian pindah ke Barcelona di mana beliau memenangi 3 kejuaran dalam tahun yang sama.

rumah neymar

rumah neymar 2

Pada 2017, Neymar berpindah secara mengejut ke Paris Saint-Germain dengan harga RM1.03 bilion, menjadikannya pemain paling mahal di dunia.

Terletak di penempatan Bougival, yang bersambung ke bandar Paris, rumah besar lima tingkat Neymar ini satu ketika dahulu pernah dimiliki oleh pemain bola sepak legenda Brazil, Ronaldinho.

Rumah ini mempunyai kolam renang gergasi di bahagian dalaman disertai dengan kerusi berjemur, yang terletak di ruang bawah tanah, dengan pemandangan taman seluas 5,000 meter persegi.

Bercakap tentang gaya hidup yang mewah, ia juga memiliki bilik untuk aktiviti yang lain seperti bilik sauna dan bilik snuker yang luas.

Rujukan:

1. Property 

2. Inhabitat

3. Ghpage




Hakcipta iluminasi.com (2017)