Oleh pada 29 Jun 2017 kategori

pakai kain jarang di pagi raya nora danish dihentam 1

Kredit foto: The Malay Mail Online 

Sudah menjadi kebiasaan bagi para selebriti kita untuk menayangkan baju raya di laman sosial. 

Apatah lagi buat selebriti wanita, bulan Syawal ini menjadi "perayaan" untuk memperagakan koleksi baju raya yang tak terkira banyaknya, daripada pelbagai jenis dan rekaan. 

Namun Aidilfitri tahun ini telah menjadi mimpi ngeri bagi aktres Nora Danish apabila fesyen bajunya mendapat hentaman ramai.

Menerusi reaksi balas netizen di laman Instagram, mereka melahirkan rasa berang kerana menganggap Nora seperti tidak sensitif dengan adab kesopanan agama dan bangsa kita.

Nora mengenakan kain yang jarang dan singkat, dilihat ramai seperti merosakkan identiti pakaian tradisional hari raya.

Berikut antara komen daripada netizen.

“Anak dengan suami dah kemas, nampak sopan saja tapi isteri merosakkan betullah. Si Nora Danish ni buat malu saja.”

“Melampau Nora Danish ni. Tak pernah nak sopan. Tak payah tunjuk kaya, orang tahu kau kaya. Tak payah tunjuk cantik, orang tahu kau cantik. Berpadalah. Macam tu pula baju kau. Mana orang tak meluat dengan kau.”

“Sedih bila hari raya. Bulan baik setahun sekali tak reti nak pakai elok-elok. Nak berfesyen tu tak ada masalah, tapi janganlah sampai buat pakaian tradisi melayu kita jadi macam haprak!”

pakai kain jarang di pagi raya nora danish dihentam 2

Kredit foto: Instagram Nora Danish 


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)