Kredit foto: Beautifulnara

Aktor sasa, Zul Ariffin beranggapan pelakon gandingan tidak perlu akrab di set penggambaran hingga timbul gosip cinta, hanya berlandaskan alasan mahu mencipta keserasian.

Kata beliau, dia sendiri kurang bercakap dengan pasangan gandingan melainkan ketika sesi latihan atau beraksi di lokasi.

Zul meletakkan pengalamannya ketika berpasangan dengan Farah Nabilah menjayakan drama Titian Cinta sebagai contoh.

"Masa berlakon, kami tumpukan perhatian kepada kerja. Misalnya, ketika beraksi, saya tak terikat dengan skrip.

"Saya biasakan adlib (ubah skrip secara spontan) tapi dengan keizinan pengarah. Lantas, Farah terikut rentak saya. Jadi kerjasama itu berlaku secara tak langsung.

"Kami hanya berjumpa sama ada di set penggambaran atau ketika berlatih," katanya yang dipetik daripada portal BH Online.

Drama Titian Cinta yang menarik hingga 11 juta tontonan itu merupakan adaptasi novel tulisan Ridhya Iman, disiarkan menerusi slot Akasia TV3 dari 12 September hingga 30 Oktober lalu.  

tak perlu rapat sangat berlatih di set sudah cukup zul ariffin 2

Kredit foto: onedirectmoviez.blogspot.my

Bintang yang pernah mencipta nama menerusi drama rantaian, Rindu Awak 200% ini, berkata dia juga berpuas hati dengan keserasian yang dicipta bersama Farah, malah menyifatkan gandingan mereka sebagai suatu keaiaiban.

"Ini kerana ada drama lakonan saya dengan pelakon wanita yang sudah mencipta nama tidak mendapat sambutan.

"Ini bermakna pengalaman dan populariti bukan ukuran yang akan menentukan kejayaan sesebuah drama. Semuanya berbalik kepada rezeki dan tuah," katanya.

Jejaka yang pernah diangkat Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-26 itu berkata, dia nyaris mengenepikan tawaran drama arahan Heykal Hanafiah itu.

"Ini kerana saya tidak mahu jadual promosi filem Tombiruo : Penunggu Rimba terganggu.

"Saya bimbang jika komitmen tiga bulan berlakon dalam drama itu akan menyusahkan saya untuk melakukan promosi filem berkenaan. Bagaimanapun, selepas berbincang, pihak produksi menyusun semula jadual mereka," katanya yang kini sedang menjayakan penggambaran filem terbaharu arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)