Oleh pada 19 Oct 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

      

Musim keempat program realiti bertemakan kekeluargaan, Famili Duo (FD4) kembali menghiasi kaca televisyen.

Diperkenalkan sejak 14 Februari 2021, edisi kali ini menampilkan enam pasangan duo yang terdiri daripada adik-beradik dan sepupu.

Pengumuman rasmi mengenai musim terbaru disampaikan dalam satu sidang media yang diadakan di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang.

      

famili duo 2024

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Konsep

Rancangan realiti yang dihasilkan oleh TV3 ini diinspirasikan daripada rancangan Family Singing Show di 8TV.

Dalam program ini, selebriti tanah air tidak bersendirian, mereka bergandingan bersama ahli keluarga dan saudara-mara untuk menyerlahkan bakat nyanyian dalam persembahan yang akan dinilai oleh juri profesional.

Musim keempat diramal lebih meriah dan sarat dengan emosi. Setiap minggu, enam pasangan akan diuji dengan tema berbeza, lantas memberikan setiap episod suasana yang penuh dengan cabaran dan kejutan yang mendebarkan.

Apa yang membezakan Famili Duo daripada pertandingan nyanyian lain ialah ia bukan sekadar mengukur keupayaan vokal semata-mata, malah kebolehan para peserta dalam menghibur dan memberikan persembahan yang terbaik.

       

Peserta

Famili Duo 4 menyaksikan persaingan sengit di kalangan enam pasangan duo yang terdiri daripada gabungan adik-beradik dan sepupu. Setakat ini, lima pasangan sudah diperkenalkan dan setiap satu membawa aura tersendiri dan siap sedia untuk memanaskan pentas.

Namun, gandingan keenam yang dinanti-nantikan menjadi bualan ramai.

Naqiu Boboy, penyanyi yang tidak asing lagi, bakal beraksi bersama saudara dua pupunya yang juga seorang penyanyi lelaki. Nama gandingannya masih dirahsiakan bagi menambah elemen misteri yang menarik perhatian penonton.

Semuanya bakal terjawab dalam gimik yang dirancang untuk diumumkan semasa konsert minggu pertama. Pastinya kejutan ini akan mencetuskan lebih banyak spekulasi dan debaran di kalangan penonton!

       

Senarai Peserta:-

1. Tomok & Sharul Kamal (sepupu)

2.Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu)

3. Didi Astillah & Thamiera The Gadys

4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik)

5. Zahid & Anne (adik-beradik)

6. Naqiu & Joey Daud (dua pupu)

       

famili duo 4

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Juri

Kerusi juri tetap Famili Duo 4 memberikan kehangatan tersendiri dengan kehadiran dua figura hebat yang cukup berpengalaman dalam industri seni. Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor, dua nama besar yang bukan sahaja akan terlibat secara profesional dalam analisis dan penilaian markah, malah bertindak sebagai pengkritik yang menghidupkan suasana dengan kritikan jujur dan pandangan mendalam mereka.

         

Format Penjurian

Penilaian di Famili Duo 4 tidak hanya tertumpu pada kualiti vokal semata-mata. Ia membawa dimensi lain yang mana persembahan turut diambil kira, menjadikan pertandingan ini medan untuk mencari tidak setakat penyanyi terbaik, malahan juga penghibur yang mampu menguasai pentas dengan karisma mereka.

Keputusan akhir ditentukan dengan — 70% daripadanya bersandarkan kepada markah juri profesional, manakala baki 30% datang daripada suara penonton yang membuat undian menerusi platform Tonton.

        

famili duo musim 4

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

      

Cara Undi

Pengguna berdaftar di platform Tonton diberi peluang untuk menyokong duo pilihan mereka dengan memberikan sehingga 50 undian setiap minggu. Namun, bagi mereka yang melanggan pakej tiga bulan, keistimewaan tambahan menanti apabila 100 undian bonus ditawarkan menerusi ciri TontonUp, seterusnya menjadikan keseluruhan 150 undian setiap minggu.

Lebih mengujakan, dua pelanggan berbayar setiap minggu bakal berpeluang memenangi hadiah berupa Samsung Smart TV 65′. Apa yang perlu dilakukan? Cukup sekadar meneka Duo Terbaik Mingguan dan hadiah ini mungkin jadi milik anda.

       

Hadiah

Musim ini turut menjanjikan ganjaran di setiap episod. Bagi tujuh episod pertama, pasangan yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang mingguan bakal membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000. Namun, kemuncak segala debaran pastinya terletak pada episod akhir, yang mana para finalis akan bertarung habis-habisan demi menggenggam hadiah utama bernilai RM100,000!

       

Penaja

Famili Duo 4 tampil lebih istimewa dengan Perfume Paradise sebagai penaja utama, manakala Marigold HL menyumbang sebagai rakan penaja.

       

Rakan Digital

Di sebalik layar, OhBulan! dan XTRA memegang peranan penting sebagai 'Famili Digital' bagi memastikan kehangatan rancangan ini terus dirasai di platform digital.

        

family duo 231

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Tempoh Siaran

Penonton bakal disajikan dengan lapan episod penuh debaran, di mana setiap minggu selama lapan minggu berturut-turut, persaingan sengit akan terus menghangatkan pentas musim terbaru ini.

      

Pengacara

Musim keempat Famili Duo menyaksikan gandingan ceria Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos, yang pastinya akan menyemarakkan lagi suasana pertandingan dengan keletah mereka yang penuh gaya dan humor.

       

Tarikh Tayangan Dan Waktu Siaran

Rancangan ini mula menemui penonton pada 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad pukul 9 malam, bersiaran secara langsung di saluran TV3. Bagi anda yang ingin menontonnya secara dalam talian, boleh strim menerusi laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

      

Lagu Tugasan Konsert

Minggu 1

1. Tomok & Sharul Kamal - Aku Penghiburmu (Jamal Abdillah) & Gerhana (M Nasir)

2. Ayie Floor 88 & Salma Asis - Drama King (Meet Uncle Hussain ft Black)

3. Naqiu & Joey Daud - Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) & Sinaran (Sheila Majid)

4. Shiha Zikir & Ieda Zikir - Kudaku Lari (Datuk Sharifah Aini), Pantun Janda & Sejarah Mungkin Berulang (New Boyz)

5. Didi Astillah & Thamiera - Kalis Rindu (Elyana) & Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)

6. Zahid & Anne - Seksis (Anita Sarawak) & Lelaki Ini (Anuar Zain)

       

*Lagu tugasan akan dikemaskini setiap minggu.

      

Keputusan Markah Peserta

Minggu 1

1. Tomok & Sharul Kamal (Aku Penghiburmu & Gerhana) - 64.5

2. Naqiu & Joey Daud (Akhirnya Kini Pasti & Sinaran) - 59.0

3. Ayie Floor 88 & Salma Asis (Drama King) - 48.3

4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (Kudaku Lari, Pantun Janda & Sejarah Mungkin Berulang) - 46.9

5. Zahid & Anne (Seksis & Lelaki Ini) - 35.8

6. Didi Astillah & Thamiera (Kalis Rindu & Makhluk Tuhan Paling Seksi) - 31.5

       

* Keputusan markah mingguan akan dikemaskini setiap minggu.

       

Baca: Famili Duo TV3 Musim 3 (2023) : Senarai Peserta, Keputusan Markah Mingguan, Lagu Tugasan, Cara Undi

Baca: Kini Kembali! Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 (Musim 11)

       

Bekas Juara

Musim 1 (2021) - Tanpa sebarang konsert akhir, lapan pasangan diraikan sebagai juara setiap minggu iaitu Yamani Abdillah & Zaki Yamani, Siti Sairah & Umaira, Anas Ridzuan & Ana Syuhada, Amyza Aznan & Adrian Adam, Ara Johari & Shaffiq Erwin, Zamani Ibrahim & Zynakal, Ieda Moin & Edy Moin dan Leez Rosli & Aepul Roza.

Musim 2 (2023) - Zaki Yamani & Yamani Abdillah

Musim 3 (2023) - Sharif Zero & Syaiful Zero

       

Kredit video: Konsert Family Duo Final (2022) Live | Episod 8

        

Tajuk program? Famili Duo 4

Bila dan tayang hari apa? Mulai 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad

Pukul berapa? Jam 9 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform streaming online, aplikasi Tonton atau laman web www.tonton.com.my

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)