Oleh pada 22 May 2017 kategori

Kredit foto: suria.my

Fenomena 'Fattzura' memang semakin menjadi-jadi sementelah drama lakonan gandingan kedua-dua pelakon Fattah Amin dan Fazura iaitu Hero Seorang Cinderella bakal ditayangkan mulai malam ini.

Oleh kerana itu, ramai yang mula menaruh harapan agar keserasian mereka itu juga wujud di luar sekaligus ada juga yang menganggap Fazura bagaikan 'menggantikan' tempat Neelofa.

Namun, lain pula yang terjadi menerusi sebuah rakaman video yang dimuatnaik seorang peminat menerusi akaun Instagramnya, @sigula.gula di belakang pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam klip yang berdurasi lebih kurang 7 saat itu, Fattah dan Fazura kelihatan seperti tidak mesra apabila berselisihan dan berlanggar bahu sebelum Fattah dilihat membetulkan tali lehernya.

Sumber video: Instagram @sigula.gula

Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan mereka seolah-olah sedang bergaduh manja. Biar apa pun andaian yang dibuat, semoga lakonan mereka berdua menerusi drama Hero Seorang Cinderella tidak seperti yang dilihat dalam video berkenaan.

Sumber berita: kisahsemasas.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)