rumah ezlynn dirompak suami 1

Kredit foto: Instagram Ezlynn

Penyanyi Ezlynn naik angin selepas mendapati rumahnya dirompak oleh suaminya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin.

Penyanyi berusia 35 tahun itu memberitahu ketika dia pulang ke rumah Ahad lalu, pintu kediamannya tidak lagi berpagar dan semua barang berharga lesap.

Angkara geram, Ezlynn menyumpah suaminya itu sebagai lelaki yang jahat dan tidak berguna.

"Saya balik rumah untuk ini? Rumah saya tidak ada pagar lagi. Apa dah jadi dengan pagar! Barang hilang lagi.

"Kena rompak... aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku. Sekarang barang-barang semua kau ambil kau rosakan rumah.

"Kau memang jahat! Suami tak guna, kawan tak guna, pengurus tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku," tempelak Ezlynn.

Penyanyi itu membuat pendedahan di laman Instagram sekaligus mendapat perhatian banyak pihak.

rumah ezlynn dirompak suami 2

Kredit foto: Instagram Ezlynn

Dalam kiriman itu juga, Ezlynn mendedahkan dia terpaksa menanggung kesemua hutang suaminya yang disifatkan sebagai pemalas.

Malah dengan tegasnya, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu mengatakan dia tidak akan menghalalkan kesemua wangnya yang telah dicuri.

"Kau buat... hutang aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Hutang tidak mahu bayar asyik bercuti saja. Kerja tidak mahu. Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah.

"Dengarkan doaku ya Allah. Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil," luahnya.

Dalam pada itu, entri luahan Ezlynn itu turut mendapat perhatian rakan seperjuangannya di Gegar Vaganza 2, penyanyi Farahdhiya.

"Semoga Tuhan permudahkan dugaan yang awak lalui ini, sayang," tulis Farahdhiya di ruangan komen.

Para pengikut turut sama tumpang simpati dan memintanya supaya membuat laporan polis.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)