zainal abidin kemalangan 1

Kredit foto: malaysiandigest.com

Penyanyi Datuk Zainal Abidin mengalami kemalangan sewaktu memandu di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.

Menceritakan insiden itu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Hijau ini berkata, keretanya dihentam dari belakang sewaktu beliau dan isteri dalam perjalanan ke Jalan Duta dari rumahnya di Shah Alam.

"Ketika kejadian kereta di hadapan saya tiba-tiba memperlahankan kelajuan sebelum kereta dibelakang saya yang dipandu laju tidak sempat menekan brek lalu melanggar kenderaan saya.

"Terkejut juga tetapi perkara sudah hendak berlaku namun saya kasihankan pemandu MVP itu kerana keretanya rosak teruk," katanya memetik laporan Mstar.

Dalam perkongsian video yang dimuatnaiknya di laman Instagram, kelihatan kenderaan yang melanggarnya berada dalam kerosakan teruk.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan trafik, selain kelihatan beberapa anggota polis membantu meredakan keadaan.

Zainal bagaimanapun bersyukur kerana tidak mendapat sebarang kecederaan walaupun dalam masa sama mengakui impak pelanggaran yang dialami agak kuat.

Selain itu, pemandu MVP juga tidak cedera dan isu itu telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)