Farah Pavlavi merupakan nama yang cukup asing pada masa kini. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa wanita ini dahulunya pernah menjadi Permaisuri terakhir Iran. Beliau masih hidup pada saat ini dan hidup dalam buangan di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Menariknya, walaupun tidak lagi memerintah negara pada masa kini dan hidup dalam buangan, beliau masih lagi dihormati oleh keluarga-keluarga diraja seluruh dunia. Ketika ini, umurnya sudah mencecah 82 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kehidupan awal

sejarah farah pahlavi

Dilahirkan pada 14 Oktober 1938, Permaisuri Farah Pahlavi adalah satu-satunya anak kepada Sohrab Diba dan Farideh Diba Ghotbi yang berasal dari Tehran. Beliau sememangnya berasal dari sebuah keluarga yang kaya.

Walau bagaimanapun, ketika berusia 9 tahun, bapanya meninggal dunia. Beliau mendapat  pendidikan awal di sebuah sekolah Itali di Teheran. Kemudian, melanjutkan pelajaran di Jeanne D'Arc School, sebuah sekolah yang menggunakan  bahasa Perancis.

Permaisuri Farah telah menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda dari Lycee Razi, sebuah sebuah sekolah menengah sekular. Kerana minatnya yang mendalam dalam bidang arkitektur, beliau telah menyambung pengajian di École Spéciale d’Architecture yang terletak di Paris.

Menjadi Permaisuri Iran

perkahwinan farah pahlavi

Pada tahun 1959 dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh tetamu kedutaan dari Iran, beliau telah bertemu suaminya Mohammad Reza Shah Pahlavi yang sebelum itu sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak dua kali. Walau bagaimanapun, 2 perkahwinan terdahulunya tidak dikurniakan anak lelaki yang sangat diperlukan untuk meneruskan pewarisan takhta.

Pada 20 Disember tahun yang sama, mereka berdua melangsungkan perkahwinan yang penuh gilang-gemilang yang mendapat perhatian daripada seluruh dunia. Pada ketika itu, beliau hanya berumur 21 tahun.

Setelah perkahwinan ini, beliau telah diberikan gelaran sebagai Shahbanou (atau Maharani) Iran. Ketika itu, beliau mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang ditabalkan dalam dunia Muslim.

Beliau dan suaminya kemudian telah dikurniakan 4 orang anak: Putera Mahkota Reza (1960), Puteri Farahnaz (1963), Puteri Shahpour Ali-Reza (1966) dan Puteri Leila (1970). Selain itu, beliau juga menjadi ibu tiri kepada Puteri Shahnaz Pahlavi, hasil perkahwinan terdahulu suaminya.

Pada peringkat awal, tugasan utama beliau lebih tertumpu kepada perkara-perkara istiadat-istiadat tradisional. Lama-kelamaan, beliau mula memainkan peranan lebih penting dalam hal-hal pentadbiran dan pernah mengetuai 24 organisasi dalam pelbagai bidang antaranya kesihatan, pendidikan dan kebudayaan.

Sepanjang hayatnya, Farah Pahlavi banyak bekerja untuk kagiatan amal dan mengasaskan Pahlavi Universiti (kini Shiraz University), sebuah universiti gaya Amerika pertama di Iran yang membenarkan lebih ramai wanita menjadi pelajar. 

Peranannya dalam sistem pentadbiran amat luas dan diperkukuhkan lagi apabila suaminya sendiri telah menamakannya sebagai pewaris takhtanya sekiranya beliau meninggal dunia sebelum putera sulung mereka mencapai umur 21 tahun.

Kejatuhan kerajaan Monarki

farah pahlavi

Revolusi Iran 1979 telah menyebabkan ahli keluarga diraja Iran ini dijatuhkan hukuman mati pada 16 Januari 1979. Akibatnya, mereka telah melarikan diri ke Mesir sebelum ke Morocco sebagai tetamu kepada Raja Hassan. Setelah meninggalkan Morocco, mereka telah ke Bahamas pula dimana mereka telah diberikan status sebagai pelarian sementara.

Setelah kebenaran yang diberikan tamat, mereka terpaksa berpindah ke Mexico pula dimana mereka telah menyewa sebuah villa berdekatan bandar Mexico. Tahap kesihatan Sultan Shah yang menghidap penyakit non-Hodgkin’s lymphoma semakin teruk selepas meninggalkan Mesir.

revolusi iran

Beliau telah diberikan rawatan di Amerika Syarikat namun setelah habis rawatannya, kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu tidak membenarkan mereka sekeluarga tinggal di sana kerana hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran pada ketika itu. Setelah habis rawatan, mereka terpaksa berpindah pula Panama.

Setelah kedengran ura-ura bahawa kerajaan Panama ingin menangkap dan menghantar kembali mereka pulang ke Iran, Permaisuri Farah telah menghubungi rakannya, Jehan Al Sadat yang merupakan isteri kepada Presiden Anwar Sadat di Mesir.

Mereka sekeluarga telah berpindah kembali ke Mesir pada Mac 1980 sebelum suaminya meninggal dunia beberapa bulan kemudian pada bulan Julai.

Kehidupan pada masa kini

permaisuri iran

Permaisuri Farah dan keluarganya telah menetap di Mesir sehinggalah Presiden Sadat dibunuh. Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Ronald Reagen telah menghubunginya untuk menawarkan perlindungan di Amerika Syarikat. Maka, berhijrahlah mereka dan membina kehidupan baru di Massachusetts.

Kisah hidupnya begitu tragis dan beliau tetap dihormati oleh keluarga-keluarga diraja seluruh dunia sehingga kini. Permaisuri terakhir Iran ini kini lebih banyak menumpukan kepada kerja-kerja amal dan jarang dilihat di khalayak ramai.

Beliau pernah dilihat menghadiri beberapa majlis diraja di peringkat antarabangsa antaranya perkahwinan Putera Mahkota Frederik dari Denmark pada tahun 2004 dan perkahwinan Nikolaos d Greece pada tahun 2010. Sejak melarikan diri dari Iran pada tahun 1979, beliau dan ahli keluarganya tidak lagi menjejakkan kaki ke Iran, negara yang pernah berada di bawah pemerintahannya suatu ketika dahulu

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. Wikipedia
  3. All That Is Interesting



Hakcipta iluminasi.com (2017)