Kredit foto: Instagram @farahnabilahofficial
Mendedahkan hasrat untuk menyambut syawal terakhir sebagai wanita bujang, pelakon, Farah Nabilah, seakan memberi 'hint' bakal mengakhiri zaman solonya dengan bakal suami, dalam tempoh terdekat ini.
Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia turut dihimpit permintaan si ibu yang sudah tidak sabar menimang cucu.
"Saya harap ini adalah sambutan raya kali terakhir saya sebagai wanita bujang.
"Lagipun umur saya sudah 27 tahun. Mak pula macam dah hint-hint. Dia tak tanya saya bila nak kahwin ya... dia terus cakap bestnya kalau ada cucu.
"Doakan yang terbaik buat saya," katanya kepada portal Mstar.
Pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu bagaimanapun belum bersedia membongkarkan butiran identiti kekasihnya itu.
Namun, beliau mengakui, soalan tentang jodoh yang masih belum sampai tidak memberikan sebarang tekanan kepadanya, sebaliknya lebih bimbang memikirkan jumlah duit raya yang bakal dihulur memandangkan statusnya sebagai seorang selebriti.
Kredit foto: Instagram @farahnabilahofficial
"Insya-Allah, soalan bila nak kahwin tak beri kesan pada saya. Zaman sekarang ramai sahaja wanita yang sudah 30 tahun dan masih belum berkahwin. Neelofa pun belum kahwin. Soalan seperti itu tidak memberi kesan kepada saya sangat.
"Tapi saya lebih takut dengan soalan duit raya. Orang mengharapkan duit raya lebih sebab status saya seorang selebriti. Siap ada yang tak malu buka sampul di hadapan saya. Untuk itu, saya sediakan RM3,000 untuk duit raya tahun ini," katanya.
Sementara itu, Farah melahirkan rasa teruja untuk pulang ke Bachok, Kelantan atas faktor keenakan makanan kegemarannya seperti nasi dagang dan ketupat palas.
"Tahun-tahun sebelumnya saya memang tidak pernah ketinggalan untuk pulang beraya di kampung kerana arwah nenek masih ada.
"Bila tahun lepas family tiba-tiba keluarga tukar angin nak beraya di Kuala Lumpur sebab nenek sudah tiada, raya saya sangat bosan! Menyesal saya beraya di sini.
"Saya tak sabar nak makan nasi dangan dan ketupat palas kerana rasa makanan di sana sangat sedap dan berbeza dengan di Kuala Lumpur," katanya.
Sumber berita: Mstar