Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

fathia latiff bakal berkahwin 1

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff 

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum akan hubungan rapat yang terjalin antara aktres Fathia Latiff dan seorang jejaka yang dikenali sebagai A.

Menerusi laporan Raja Mawar di BH Online, pasangan tersebut nampaknya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga iaitu pada sekitar hujung tahun ini.

Lebih menarik, rupa-rupanya keluarga kedua-dua pasangan adalah kenalan rapat sejak sekian lama. 

fathia latiff bakal berkahwin 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Sumber memberitahu Raja, Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember. Maknanya hujung tahunlah kan… Bagaimanapun, hingga kini, Fathia belum membuka mulut berbicara soal perkahwinan. Mungkin Fathia masih mahu berahsia. Raja dengar keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali. Keluarga Fathia dan A adalah kenalan lama. Mereka mula berkawan apabila Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara rapat A, beberapa tahun lalu. 

Sumber: BH Online

Fathia juga dalam sebuah wawancara terdahulu pernah meluahkan bagaimana dia mahu disayangi oleh jejaka A tersebut sebagaimana dia dilayani dengan baik sewaktu bercinta.

fathia latiff bakal berkahwin 3

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Selalunya, ketika mula bercinta wanita akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan lelaki sanggup berkorban apa saja. Selepas berkahwin, semua bertukar sekelip mata. Saya bukan skeptikal terhadap perkahwinan, cuma tidak mahu tersalah langkah. Kalau boleh, saya hanya mahu meniti alam perkahwinan hanya sekali.

Sumber: BH Online

Kita doakan sahaja yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga impian mereka untuk mendirikan rumah tangga akan terlaksana. 


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)