Oleh pada 08 Feb 2018 kategori

bapa tak restu zahirah macwilson zul ariffin bercinta 1

Kredit foto: BH Online

Bapa Zahirah Macwilson, pelakon dan bekas pembaca berita, Zainol Macwilson, mendedahkan beliau tidak mempunyai masalah dengan pelakon Zul Ariffin yang dikaitkan dengan anak perempuannya.

Walaupun Zainol pernah membuat kenyataan akan ketidaksanggupannya melihat Zahirah terjerat dengan cinta lokasi bersama mana-mana pelakon termasuk Zul, namun ia tidak bermaksud beliau berdendam dengan aktor itu.

Begitupun, Zainol akui keliru dengan tindakan Zul mengeluarkan kenyataan dalam sebuah rancangan hiburan baru-baru ini, meminta dirinya untuk bersikap matang.

bapa tak restu zahirah macwilson zul ariffin bercinta 2

Kredit foto: Mstar

“Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.

“Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut?

“Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu,” kata Zainol.

Beliau membuat kenyataan di majlis sidang media DFKL yang berlangsung pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Zainol memberitahu dia sudah acapkali menasihati anak gadisnya itu agar memberi tumpuan kepada kerjaya seni, sekaligus mengabaikan soal cinta yang mengganggu fokusnya.

“Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia, masih lagi wujud.

“Dalam usia yang semuda itu, tak semestinya dia tahu semua. Saya anggap dia belum cukup matang lagi tentang kehidupan.

“Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya saya masih hidup, saya takkan restu,” tegasnya.

Berkenaan isu yang membabitkan Zahirah dengan pelakon Kamal Adli, Zainol masih menegaskan prinsip sama.

“Nasihat saya pada mana-mana pelakon, bila kita berada di lokasi fokuslah dan profesional dengan kerja. Kalau yang sudah ada isteri atau, tunang dan sebagainya pandai-pandailah bawa diri dan jaga batas.

“Mengenal isu Zahirah baru-baru ini, semesti sebagai bapa saya kesal apabila dia terheret dengan pelbagai anggapan sehingga orang tuduh dia sebagai perampas. Benda-benda seperti inilah yang saya tidak mahu dengar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)