Oleh pada 13 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Fara Hezel, 22, menjadi peserta pertama tersingkir daripada rancangan realiti Big Stage 2018 (BS 2018).

Penyanyi Setiaku Pasti itu mengakhiri perjuangannya pada konsert minggu kedua di Wisma MBSA Shah Alam, malam tadi.

Dalam konsert yang diadili juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta juri undangan, Tomok itu, Fara mempertaruhkan lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya.

Persembahannya mendapat mata dalam tiga kedudukan tercorot, bersama dua lagi rakan seperjuangan, Wani Kayrie dan Ariff Bahran.

Bukan sahaja gagal menambat hati juri, malah undian atas talian menerusi aplikasi Tiktok juga meletakkan pemilik nama sebenar Nur Faraazira Yusri ini di tempat terendah, sekaligus gagal menyelamatkannya untuk kekal bertanding.

fara hezel pertama tersingkir di big stage ini pula top 3 pilihan juri 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sementara itu, Sissy Imann, Sarah Suhairi dan Syafiq Farhain berada di tiga kedudukan teratas (Top 3) berdasarkan penilaian juri profesional.

Lain-lain peserta yang tidak kurang hebatnya ialah Baby Shima, Andi Bernadee, Afieq Shazwan dan Tajul Ariff.




Hakcipta iluminasi.com (2017)