perkara yang patut dielakkan di facebook

Disebabkan terlalu ghairan menggunakan media sosial, ramai di antara kita yang tak menyedari apa yang mereka kongsikan di laman media sosial seperti Facebook dan Instagram mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Banyak kes telah berlaku disebabkan hal ini namun ramai yang masih tidak hiraukan kerana ia tidak berlaku kepada mereka. iluminasi.com ingin kongsikan 10 perkara yang anda harus padam daripada Facebook anda untuk keselamatan sendiri.

1. Unfriend rakan Facebook yang anda tak kenal

unfriend 10 benda yang anda perlu padam dari facebook serta merta

Mengapa anda perlu accept friend request daripada orang yang anda tak kenal? Melainkan anda menjalankan perniagaan yang bergantung kepada kunjungan daripada pelanggan ke laman media sosial anda, adalah lebih baik untuk anda menjauhkan diri daripada menambah rakan baru di Facebook.

Adakah anda rasakan ia sesuatu yang sihat untuk mendapatkan kepuasan daripada orang ramai yang "like" post atau status anda, membuatkan anda inginkan ramai rakan Facebook?

Profesor Robin Dunbar dari Universiti Oxford percaya bahawa manusia hanya mampu mengekalkan sekitar 150 hubungan yang sihat. Beliau mengkaji aktiviti kira-kira 3,300 pengguna Facebook dan membuat konklusi bahawa hanya 4.1 rakan Facebook daripada jumlah keseluruhan yang boleh dipercayai dan diharapkan.

2. Tarikh lahir anda

Adakah anda tahu apa yang orang lain mampu lakukan jika mereka dapat melihat tarikh lahir anda yang terpapar di profil Facebook anda? Penulis mungkin tak tahu banyak tapi apa yang diketahui adalah maklumat peribadi ini mampu membuatkan seseorang itu menjadi mangsa jenayah kecurian identiti.

3. Gambar anak-anak anda

10 benda yang anda perlu padam dari facebook serta merta 3

Jika anda seorang ibu atau bapa, ini perkara yang paling penting anda perlu elakkan. Penulis sangat tak faham bagaimana ibu bapa boleh sewenang-wenangnya memuat naik gambar anak-anak di Facebook yang memudahkan para penjenayah mengesan dan menculik anak-anak anda.

Mungkin anda berasakan ia satu perkara remah, sehinggalah anda yang menjadi mangsa. Jenayah menculik kanak-kanak adalah sesuatu yang berleluasa dan dengan melakukan perkara ini, anda hanya memudahkan kerja mereka. 

Malah, ada ibu bapa yang memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan di mana lokasi rumah dan sekolah anak-anak mereka. Jenayah penculikan kanak-kanak bukanlah satu gurauan. Ini satu tindakan tak bertanggungjawab.

4. Nombor telefon anda

Mungkin tak ramai yang meletakkan nombor telefon di laman Facebook, namun masih ada yang tidak menyedari nombor telefon mereka boleh dilihat oleh rakan Facebook. 

Cuba semak jika nombor telefon anda ada di laman anda kerana maklumat ini sangat berbahaya. Dengan alatan dan cara yang betul, orang yang ingin mengambil kesempatan boleh mendapatkan alamat anda melalui nombor telefon.

Dan jika mereka mampu mengakses maklumat yang berkait dengan nombor telefon anda, banyak maklumat-maklumat lain boleh diperolehi.

6. Perkhidmatan lokasi

10 benda yang anda perlu padam dari facebook serta merta 4

Jika anda mendedahkan lokasi anda secara terbuka di Facebook dan tidak mengharapkan apa-apa yang akan berlaku, itu sesuatu tindakan yang bodoh. Orang luar dengan mudahnya mampu mengetahui lokasi di mana anda berada dan boleh mengambil kesempatan.

Fikir sebelum anda mendedahkan lokasi anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita. 

8. Lokasi percutian anda

Media sosial kini menjadi faktor dasar insurans. Menurut laman This is Money, mereka yang mengembara sering dirompak, dan disebabkan mereka ini memuat naik secara terbuka mengenai rancangan perjalanan dan percutian, mereka sebenarnya mengambil risiko membuatkan tuntuan insurans mereka ditolak.

Ia adalah common sense, memuat naik pelan percutian anda adalah satu jemputan untuk dirompak. 

Faktor dasar insurans dalam media sosial sekarang. Menurut Ini adalah Wang, pengembara telah dirompak harta benda mereka semasa bercuti, dan kerana secara umum memposting tentang rancangan mereka untuk bercuti, mereka berani mengambil tuntutan insurans mereka ditolak.

9. Status perhubungan anda

unfriend 10 benda yang anda perlu padam dari facebook serta merta 5

Jika anda mempunyai musuh atau menjadi sasaran untuk sebab-sebab tertentu, anda pasti tak mahu mereka mengetahui apa-apa mengenai hubungan anda lebih-lebih lagi hubungan cinta.

Pelbagai perkara yang boleh dilakukan oleh mereka yang dengki dan cemburukan anda, jika mereka mengetahui mengenai maklumat ini.

10. Tiket perjalanan anda

Anda dalam perjalanan ke luar negara? Jangan jadi naif dan memuat naik ke media sosial anda. Tak perlu dijelaskan lagi mengapa anda tak perlu melakukan perkara ini, namun masih ramai yang tidak menyedari betapa bahayanya tindakan ini.

Ramai penjenayah dan mereka yang ingin mengambil kesempatan sedang menunggu peluang untuk mengambil kesempatan terhadap anda yang naif.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)