Sumber foto: fourfourtwo.com
Sebut sahaja tentang pemain bola sepak terkaya di dunia, anda akan terfikir nama-nama bintang terkenal seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.
Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila Faiq Bolkiah (19 tahun) turut tersenarai sebagai salah seorang pemain dalam kalangan puluhan kelab bolasepak terkemuka dunia itu.
Baru-baru ini, sesuatu yang membanggakan buat warga Brunei apabila anak saudara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu kini bergelar pemain di kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City.
Sumber foto: fourfourtwo.com
Faiq dilaporkan mewarisi kekayaan keluarga Diraja Brunei berjumlah 15 bilion pound sterling.
Pemain sayap Foxes dengan bakat semulajadi itu memulakan kerjayanya di AFC Newbury sebagai pemain muda, sebelum bermain di England selama beberapa musim.
Dengan bakat yang dimiliki, Faiq Bolkiah dipilih oleh Southampton untuk memasuki akademi milik mereka pada tahun 2009.
Meskipun tidak ditawarkan kontrak, beliau dikhabarkan pernah menerima lamaran dari Arsenal untuk menjadi pemain kelab itu pada tahun 2013.
Faiq menyertai "The Gunners" dalam saingan Piala Lion City 2013 dan berjaya menjaringkan gol.
Prestasi itu membuatkan Faiq ditawarkan oleh Chelsea dengan kontrak dua tahun. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada Leicester City dengan kontrak tiga tahun.
Faiq yang dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat bagaimanapun bermain untuk pasukan kebangsaan Brunei dan menjadi wakil selama sembilan kali dengan rekod jaringan satu gol.
Menurut Faiq dalam sebuah wawancara, beliau mula bermain bola sepak sejak kanak-kanak.
Saya bersyukur apabila memiliki keluarga yang sangat positif dan sentiasa menyokong impian saya menjadi seorang pemain bolasepak profesional.
Sumber berita: Astro Awani