pixlr

Usaha mencapai kemenangan dalam sukan bola sepak boleh dilakukan dengan bermacam cara. Ada pasukan yang nekad membeli semua pemain terbaik dunia untuk digabungkan dalam satu pasukan.

Ada pasukan yang berjaya kekal sebagai gergasi bola sepak kerana kaedah latihannya yang berjaya membentuk pemain-pemain handal.

Ada juga kelab yang mengamalkan taktik licik menggunakan kaedah psikologi serta kebudak-budakan, untuk memastikan mereka mendapat kelebihan semasa perlawanan.

1. Ubah bilik perlawanan kelab berkunjung

kelab chelsea bilik persalinan pelawat

Walaupun disokong jutawan Russia, Roman Abramovich, kelab Chelsea masih menggunakan kaedah-kaedah tradisional dalam memastikan kelab yang bertandang ke halaman mereka berdepan kesukaran sebelum sepak mula lagi.

Semua kelab bertandang ke Stamford Bridge hanya disediakan dua buah meja urut lama untuk kegunaan berpuluh pemain. Sementara itu bangku yang disediakan lebih rendah berbanding biasa, dikatakan untuk membuat pemain lawan lenguh sejak awal.

Lebih licik kedudukan penyangkut baju di bilik persalinan lawan juga tinggi berbanding biasa, yang akan memerlukan pemain meregangkan badan hanya untuk mencapai atau menyangkut jersi mereka.

Dalam era Covid-19, bilik persalinan lawan 'yang baru' diubah kedudukannya terletak lebih jauh, di mana pasukan lawan perlu berjalan dalam jarak agak jauh perlu naik turun tangga untuk tiba ke bilik persalinan - menyukarkan pemain yang sudah kepenatan.

2. Hiasan dinding yang 'menggerunkan' lawan

importedimage264592 header

Beberapa kelab memilih kaedah bermain dengan warna sebagai usaha untuk melemahkan mentaliti pihak lawan.

Kelab Sunderland menukarkan warna dinding bilik persalinan lawan mereka dengan warna yang membuatkan pemain tidak tenteram. Seluruh dinding bilik itu dicatkan dengan warna biru dan kuning yang dikatakan kurang menyenangkan jiwa.

Bagi kelab Norwich pula, mereka mengambil langkah berlawanan dengan Sunderland. Dinding bilik persalinan kelab bertandang diwarnakan keseluruhannya dengan warna merah jambu, bagi mendamaikan hati dan jiwa pahlawan-pahlawan yang akan berentap.

Kelab Benfica dari Portugal pula memilih untuk melekatkan gambar penyokong-penyokong mereka di sepanjang bilik persalinan pelawat untuk menghasilkan suasana yang menggentarkan mereka yang hadir.

3. Kawal suhu agar pemain tidak selesa

2f2d3c0c00000578 3353283 image a 39 1449704289326

Terkeluarnya pasukan Manchester United daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2015 di tangan pasukan Wolfsburg dari Jerman, berakhir dengan satu alasan aneh.

Semua pemain termasuklah jurulatih Manchester United ketika itu, Louis Van Gaal menyifatkan suhu bilik persalinan pelawat yang disediakan oleh Wolfsburg terlalu panas sehingga menyebabkan ramai pemain tidak tahan bahangnya.

Tewas dalam perlawanan itu 3-2, kebanyakan pemain Manchester United dilaporkan memohon agar suhu dalam bilik tersebut dapat dinyamankan sebelum dan selepas perlawanan.

Kelab Wolfsburg menafikan mereka terlibat dalam mengubah suhu bilik tersebut sebaliknya mengatakan suhu yang didakwa panas oleh pemain, adalah suhu yang sama saja dikekalkan untuk semua pasukan bertandang.

4. Sengaja panjangkan rumput untuk lawan kelab kuat

soccer player on field 800w

Kelab Arsenal dari England semasa era kegemilangan kelab tersebut beberapa tahun dahulu, menjadi mangsa kepada satu taktik licik pihak lawan setiap kali mereka bertandang.

Banyak kelab yang bakal berdepan dengan Arsenal didapati dengan sengaja mengarahkan pasukan penjagaan stadium untuk membiarkan rumput padang lebih panjang berbanding biasa; yang diharapkan akan memperlahankan rentak Arsenal.

Taktik ini telah digunapakai pasukan lawan semenjak era pengurus legenda Arsene Wenger lagi dan kini nampaknya masih diteruskan, selepas pengurus Arsenal sekarang mengadu padang milik lawan mereka bukan sahaja rumputnya panjang, malahan sengaja dibiarkan kering agar pergerakan bola jadi lebih terbatas.

5. Sengaja dibiarkan tidak terurus

dave rennie bilik persalinan

Di antara semua bilik persalinan pelawat yang ada melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris, kelab Crystal Palace dikatakan memiliki bilik persalinan paling teruk antara semua.

Keadaan bilik persalinan tersebut agak memalukan, disinari cahaya lampu yang malap sehingga mengakibatkan bilik tersebut rasa agak kusam dan pudar. Selain itu pihak pengurusan Crystal Palace juga dilapor tidak berapa peduli tentang kebersihan bilik tersebut, sanggup membiarkan kulat dan kulapuk membiak di siling.

Apa yang agak melucukan, semasa Crystal Palace berkunjung ke stadium di mana kelab Brighton beraksi, mereka terpaksa berhadapan dengan bilik persalinan yang dilimpahi najis manusia selepas salah seorang individu kenalan kepada pemain - tergesa-gesa melepaskan hajat di situ mengakibatkan.....najis tersebar merata-rata. 

Oleh kerana hendak cepat, lelaki itu yang tidak dinamakan segera beredar takut-takut ditangkap kerana menggunakan fasiliti stadium tanpa kebenaran.

6. Bilik persalinan lawan bersaiz kerdil

gettyimages 643189494

Lihat gambar di atas.

Anda bayangkan kesemua pemain ada antaranya bersaiz jauh melebihi 6 kaki tinggi, perlu duduk berhimpit-himpit dalam bilik tersebut.

Bagi kita, pemain bola sepak profesional seringkali hidup dalam suasana 'glamour.'

Realitinya...bukan semuanya indah seperti yang kita sangka.



Hakcipta iluminasi.com (2017)