Oleh pada 03 Nov 2017 kategori

Saban tahun, Liga Perdana Inggeris menyaksikan bakat-bakat dari Asia yang bercampur-aduk, ada yang benar-benar menyerlah dan ada yang gagal sepenuhnya.

Di sini adalah senarai pemain-pemain dari Asia yang berjaya menjaringkan lebih dari satu gol di Liga Perdana.

7. Ji Dong-Won-Korea Selatan (2 gol)

ji dong won penjaring gol asia terbanyak

"Jiiiiiiii, beliau mengelirukan penjaga gol, dia berjaya melakukannya!" Komen Martin Tyler untuk gol kemenangan minit ke-93 Ji Dong-Won ke atas Man City dalam satu perlawanan klasik di Liga Perdana. Pemain Korea Selatan ini mempunyai tempoh yang kurang menjadi di Wearside, tetapi golnya ada keunikannya yang tersendiri

Beliau bukan sahaja menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang City, satu lagi gol Ji terhasil pada minit ke-90 ketika menentang Chelsea - meskipun dalam perlawanan tersebut mereka tewas 2-1. Bukan CV yang teruk untuk dibawa dari dua musim dalam liga terbaik di England.

6. Junichi Inamoto-Jepun (4 gol)

junichi inamoto penjaring gol asia terbanyak

Junichi Inamoto tiba di England dengan reputasi besar sebagai pembelian berprofil tinggi dari Jepun, menyertai Arsenal pada tahun 1997 dari Gamba Osaka. Beliau gagal memberi impak dan kemudian dijual kepada Fulham di mana beliau menghabiskan dua musim, menjaringkan empat gol di Liga Perdana.

Beliau menjadi kegemaran di Craven Cottage, menjaringkan empat gol dalam kedua-dua perlawanan akhir timbal balik Piala Intertoto menentang Bologna, menjaringkan satu gol pada perlawanan pertama dan hatrik dalam perlawanan kedua. Beliau kemudian menyertai West Brom dan menamatkan kerjayanya di England setelah membuat 66 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

5. Lee Chung Yong-Korea Selatan (8 gol)

lee chung yong penjaring gol asia terbanyak

Pemain sayap Korea Selatan telah menjadi pemain utama Liga Perdana Inggeris untuk hampir satu dekad setelah menyertai Bolton Wanderers pada tahun 2009. Sekarang di Crytal Palace, Chung-yong mendapati masa bermainnya agak terhad, tetapi itu tidak menghalang darpada pemain berusia 29 tahun itu termasuk dalam senarai ini.

Setelah lapan kali menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris, masih ada masa untuk penyerang ini menambah lebih banyak gol dimana Palace berjuang untuk mengelakkan penyingkiran.

4. Shinji Okazaki (12 gol)

shinji okazaki penjaring gol asia terbanyak

'Pemusnah' Jepun ini telah berjaya memahat namanya di Liga Perdana sejak tiba pada 2015, menjaringkan gol-gol penting dalam kejayaan mengejut Leicester yang memenangi gelaran juara, termasuk beberapa gol kemenangan.

Sekarang berumur 31, Okazaki masih mempunyai beberapa tahun di masa hadapan dan telah memulakan musim ini dengan agak cemerlang, menjaringkan empat gol dalam hanya tujuh perlawanan, dan tampak seperti rekod jaringannya akan terus bertambah.

3. Ki sung yueng (13 gol)

ki sung yueng penjaring gol asia terbanyak

Pada satu ketika menjadi rekod pembelian Swansea, Ki Sung-yueng telah berjaya memberi impak dalam Liga Perdana sejak berpindah dari Celtic pada tahun 2012. Beliau memainkan peranan besar ketika Swansea memenangi Piala Liga pada musim pertamanya, bahkan memulakan perlawanan akhir di posisi yang bukan posisi asalnya iaitu pertahanan tengah.

Pinjaman ke Sunderland yang terjadi ketika kariernya di Swansea menyaksikan pemain Korea Selatan ini menjaringkan beberapa gol penting, termasuk gol kemenangan menentang Chelsea dan Manchester United untuk kedua-dua kelab tersebut. Beliau yang akhir-akhir ini jarang diturunkan berharap dapat memenangi lebih banyak masa bermain selepas ini.

2. Son Heung Min (19 gol)

son heung min penjaring gol asia terbanyak

Pemain Tottenham ini benar-benar hadir dan membuahkan hasil, menjadi antara faktor penting dalam pasukan Mauricio Pochettino yang beraksi dengan baik dan konsisten. Setelah menandatangani kontrak bernilai 22 juta, musim pertamanya sedikit mengecewakan, hanya empat gol dalam liga tetapi  pada musim sebelum ini beliau berjaya menemui rentaknya, mencetak 14 gol ketika Spurs gagal merebut gelaran dari Chelsea.

Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika memalukan Liverpool 4-1, menyaksikan beliau berjaya menyamai rekod jaringan tertinggi bagi pemain Asia dalam Liga Perdana yang dicatat pemain seterusnya dalam senarai ini

1. Park Ji Sung (19 gol)

park ji sung penjaring gol asia terbanyak

Park Ji-sung adalah pemain yang sangat menakjubkan untuk Manchester United. Kerja keras yang tiada tandingan menyaksikan beliau menjadi kegemaran untuk perlawanan-perlawanan besar di bawah Sir Alex Ferguson, menggunakan khidmatnya ketika ia sangat diperlukan. Beliau menghabiskan masa tujuh tahun di Old Trafford, memenangi empat gelaran Liga Perdana, tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Beliau menjaringkan gol sebanyak 19 kali dalam 134 perlawanan untuk Red Devils tetapi ingin melupakan musim terakhirnya di Liga Perdana Inggeris di mana beliau mengetuai QPR yang tersingkir pada 2012.

Rujukan: www.90min.com


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)