Oleh pada 01 Dec 2017 kategori

Liga Perdana Inggeris ditubuhkan pada tahun 1992, iaitu 25 tahun yang lalu. Namun pada musim 2006/2007, bermulanya evolusi dalam  menganalisis statistik yang didokong oleh teknologi yang berkembang pesat. Sejak itu, setiap aksi dan pergerakan pemain telah di pantau dan membawa kepada beberapa rekod yang unik dicipta di dalam liga ini.

#5 Kemenangan pertarungan di udara - Peter Crouch (1785)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pemain Antarabangsa England ini memegang rekod kemenangan pertarungan di udara terbanyak dalam liga. Pemain Stoke City ini menang sebanyak 1785 kali dan membuktikan beliau adalah salah seorang ancaman terbesar di udara. Christian Benteke berada di kedudukan kedua namun dengan perbezaan jumlah kesuluruhan sebanyak 600 kali membuktikan dominasi Crouch.

Di antara 106 gol yang beliau jaringkan, 39 daripadanya adalah melalui tandukan, dan juga menjadi jumlah yang tertinggi dalam Liga Perdana. Olivier Giroud di belakangnya dengan 26 gol, kurang 13 gol dari pemain tinggi lampai itu.

Musim terbaik Crouch hadir pada 2004/2005 di mana beliau menjaringkan 12 gol bersama 6 bantuan gol untuk kelabnya Southampton. Beliau telah bermain untuk enam kelab Liga Perdana sepanjang kariernya termasuk Liverpool dan Tottenham.

#4 Lorongan - Cesc Fabregas (359)

fabregas arkitek pasukan

Pemain tengah Sepanyol ini telah berjaya melengkapkan 359 lorongan dan merupakan yang tertinggi dalam Liga Perdana. David Silva di tangga kedua dengan 268 lorongan, perbezaan yang ketara dengan rekod semasa Fabregas. Statistik ini kemudian menunjukkan pemain tengah Chelsea ini berjaya melakukan 110 lorongan secara berseorangan dimana jumlahnya adalah lebih dua kali ganda dari jumlah yang dilakukan oleh Andrei Arshavin di tangga kedua pada musim tersebut.

Fabregas merupakan antara pemain tengah terbaik dalam dekad terakhir dan membuktikan potensinya di dua kelab terbaik di Liga Perdana. Memulakan kariernya di England dengan Arsenal dimana beliau menghabiskan lapan musim sebelum berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. 

Tempoh keduanya di England hadir dengan aksi bersama Chelsea dimana beliau muncul antara watak penting The Blues. Musim terbaik Fabregas adalah pada 2009/2010 yang menyaksikan beliau menjaringkan 15 gol dan membuat 13 bantuan gol. Beliau membuat 322 penampilan di Liga Perdana, menjaringkan 49 gol dan membuat 108 bantuan gol, membuktikan statusnya sebagai antara pemain tengah terbaik dunia

#3  Halangan hantaran- Gael Clichy (855)

aksi clichy di manchester city

Pemain antarabangsa Perancis ini memegang rekod jumlah tertinggi dalam menggagalkan hantaran dari pihak lawan dalam Liga Perdana dengan rekod keseluruhan 855 kali sepanjang tempohnya bersama kelab-kelab terbaik England. Beliau berjaya menggagalkan 136 hantaran dalam satu musim - 2007/2008, ketika bermain untuk Gunners. Rakan senegaranya Laurent Koncielny di tempat kedua dalam senarai ini dengan membuat 636 halangan setakat ini, kurang 219 kali berbanding Clichy. 

Sama seperti Fabregas, Clichy memulakan kariernya di Arsenal dan menghabiskan lapan musim di sana sebelum berpindah ke Manchester city. Beliau menikmati karier yang berjaya di Liga Perdana, melakukan 325 penampilan berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos sebanyak 105 kali. 

Beliau merupakan antara barisan pemain dalam pasukan Arsenal yang memenangi Liga dengan rekod tanpa kalah pada musim 2003/2004. Musim terbaiknya adalah pada 2007/2008 dimana pasukannya tidak bolos sebanyak 15 perlawanan dan beliau merupakan salah seorang barisan utama dalam setiap perlawanan. Clichy sekarang bermain dengan kelab Turkey, Istanbul Basaksehir di mana beliau berpindah dari Manchester City pada hujung musim yang lalu.

#2 Percubaan mengenai palang/tiang gol - Robin Van Persie (44)

gol menarik persie menentang aston villa

The Flying Dutchman ini memegang rekod yang dikategorikan sebagai malang iaitu percubaan yang paling banyak terkena tiang/palang gol, iaitu sebanyak 44 kali dalam kariernya di Liga Perdana. Wayne Rooney, muncul pemain kedua paling banyak dengan rekod ini iaitu 28 kali. Van Persie menjadi satu-satunya pemain yang percubaannya dihalang tiang atau palang gol lebih dari 10 kali dalam satu musim iaitu pada musim 2010/11.

Beliau juga merupakan pemain dalam senarai ini yang memulakan karier di Liga Perdana bersama Arsenal dan juga turut menghabiskan tempoh lapan musim di sana sama seperti Fabregas dan Clichy. Beliau dibeli oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2012 dan pemain Belanda ini tidak menunggu lama dengan membantu Red Devils memenangi gelaran liga ke-20 mereka dengan penyudahnya yang tajam dalam musim pertamanya di sana.

Van persie telah melakukan 280 penampilan dalam Liga Perdana, menjaringkan 144 gol dan membuat 53 bantuan gol. Beliau memenangi anugerah Golden Boot dalam dua musim berturut-turut, yang pertama bersama dan kemudian bersama Manchester United. Walaupun percubaannya digagalkan tiang/palang gol lebih dari 10 kali dalam semusim, Van Persie masih berjaya menjaringkan 30 gol pada musim 2012/13, menjadikan ia sebagai musim terbaik beliau.

#1 Sepakan Sudut - Steven Gerrard (901)

gerrard mengambil sepakan sudut

Stevie G, salah seorang pemain tengah terbaik pernah dilahirkan, memegang rekod sebgai pengambil sepakan sudut terbanyak. Bekas jeneral pasukan Liverpool mengambil sepakan sudut dengan rekod sebanyak 901 kali, lebih 5 kali daripada Stewart Downing iaitu sebanyak 896 kali. Kekerapan ini juga membawa beliau kepada kedudukan ke-5 dalam senarai  pemain yang paling banyak membuat hantaran lintang.

Lagenda The Reds ini adalah seorang daripada beberapa pemain yang hanya bermain untuk satu kelab sepanjang karier mereka. Beliau memulakan kariernya di Liga Perdana pada tahun 1998 dan mengahabiskan 17 musim di Anfield. Sepanjang kariernya yang gemilang, beliau melakukan rekod 504 penampilan di Liga Perdana, menjaringkan 120 gol dan juga 92 bantuan gol.

Musim 2008/09 terbukti sebagai musim terbaik pemain Inggeris ini dimana beliau menjaringkan 16 gol dan melakukan 9 bantuan gol. Beliau terus menabur bakti di Anfield di mana beliau sekarang bertanggungjawab ke atas perkembangan pasukan pelapis.

Rujukan: m.sportskeeda.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)