Masalah aktiviti homoseksual di seluruh dunia kini kian membimbangkan dan Malaysia juga tidak terlepas terkena tempiasnya. Golongan ini kelihatan begitu berani menonjolkan diri mereka malah ada pihak-pihak tertentu yang mempertahankan mereka.

Walaupun sudah tahu perbuatan ini dilaknat namun ia tidak dihiraukan dek menurut nafsu yang tidak pernah puas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia, maklumat pada 2016 menunjukkan bahawa penyumbang utama bagi kes-kes jangkitan HIV terbaharu adalah hasil hubungan songsang.

Terdapat sejumlah 1,553 kes HIV baharu dalam kalangan homoseksual dan biseksual berbanding dengan 1,311 melibatkan heteroseksual.

40% golongan homoseksual dan biseksual yang dijangkiti virus HIV adalah dalam lingkungan usia 19 hingga 29 tahun dan kebanyakannya adalah pelajar.

Sejumlah 31% pula dalam lingkungan usia 30 hingga 39 tahun yang merupakan golongan profesional. 

Sesungguhnya al-Qur'an mengisahkan para nabi-nabi dan umat terdahulu, agar manusia dapat mengikut akhlak mereka dan bukan sekadar cerita yang diceritakan, bahkan agar si pembaca dan si pendengar dapat mengambil pengajaran, seolah-olah ia memberitahu manusia bahawa dahulu Allah SWT telah memberi balasan kepada orang-orang yang ingkar kerana keingkaran mereka. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

Maksudnya: “Jika kamu dapati seseorang melakukan amalan kaum Luth, bunuhlah pelaku dan orang yang dilakukan perlakuan itu.” Riwayat Abu Daud (4462), Ibnu Majah (2561) dan al-Tirmizi (1456) 

Dalam Ma‘alim al-Sunan, Imam al-Khattabi menyatakan bahawa perbuatan terkutuk oleh kaum Nabi Luth ini dihukum dengan tersangat berat kerana para fuqaha' seolah-olah merujuk kepada maksud di sebalik azab dan seksaan di mana kaum Luth dihujani batu sehingga mati semuanya, oleh Allah S.W.T..

kebanyakan negara menolak lgbt

Mnakala hukuman bunuh yang diperintahkan ke atas mereka yang mengajak melakukan perbuatan itu merujuk kepada makna dalam syariat, iaitu hukuman rejam dengan batu sehingga mati kepada pelaku yang telah berkahwin.

Pelaku yang belum berkahwin pula tidak dikenakan hukuman bunuh tetapi hukuman 100 kali sebatan. Ia menurut pandangan Sa'd bin al-Mussayab, 'Ata' bin Abi Rabah, al-Nakha‘i, al-Hasan dan Qatadah.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pandangan yang kuat dalam mazhab Syafie.

Dalam kitab al-Kaba'ir, imam al-Zahabi menyebut bahawa kaum Muslimin telah bersepakat bahawa perbuatan seks sejenis atau homoseksual ini tergolong daripada dosa besar yang diharamkan oleh Allah S.W.T., dalam firman-Nya:

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٥﴾ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

Maksudnya: "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, (165) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" Surah al-Syu'ara' (165-166)

Syeikh al-Maraghi berkata:

"Apakah kamu tetap melakukan perbuatan keji ini padahal tidak ada seorang pun yang pernah melakukannya; kamu membuat hubungan jenis sesama lelaki dengan meninggalkan isteri kamu yang dihalalkan oleh Allah SWT untuk membuat perhubungan dengan mereka? Sesungguhnya kamu termasuk kaum yang melampaui batas, sama ada dari aspek logik dan hukum yang ditetapkan. Kamu melakukan perbuatan dosa itu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran seorang pun sebelum ini untuk berbuat demikian". (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4975)

Jika dilihatkan, jika penganjur Women's March di Malaysia betul-betul memberi perhatian kepada usaha menegakkan martabat kaum wanita di tempat yang sepatutnya, kenyataan seperti ini tak perlu dibuat.

himpunan lgbt di malaysia

Akan tetapi segala mesej-mesej baik yang diperjuangkan oleh Women's March kelihatan tenggelam seteleh mereka membuat slogan seperti "Hidup LGBT", "Jangan kacau LGBT" dan "Sex Work is Work", menjadikan hasrat utama mereka gagal.

Hal seperti ini sebenarnya berlaku ketika zaman Nabi Luth .

Apabila Nabi Luth menawarkan kepada lelaki-lelaki kaum Luth untuk mengahwini anak-anak perempuan baginda yang mulia, jawapan yang diberikan oleh kaum yang dilaknat Allah S.W.T ini adalah:

"Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

Dan di atas nama kebebasan, adakah hak-hak yang tak masuk akal ini harus diberikan kepada mereka?

Peruntukan undang-undang berkenaan perlakuan homoseksual di Malaysia

perhimpunan women s march untuk lgbt

Di Malaysia, perlakuan seks sejenis dikategorikan sebagai jenayah dalam sistem undang-undang. Ia merupakan bidang kuasa Mahkamah-Mahkamah Persekutuan (Sivil) atau Mahkamah Syariah.

Bagi aktiviti meliwat atau sodomi di peringkat Kerajaan Pusat, ia dikategorikan sebagai jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan.

Jelas dinyatakan dalam Seksyen 377A bahawa hubungan seks luar tabii berlaku apabila mana-mana individu yang melakukan hubungan seksual bersama individu lain dengan memasukkan zakarnya ke lubang dubur atau ke dalam mulutnya.

Hukuman yang diperuntukkan oleh Seksyen 377B bagi mereka yang terbukti bersalah di bawah Seksyen 377A adalah penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Hukuman yang lebih berat diperuntukkan oleh Seksyen 377C iaitu penjara tak kurang 5 tahun dan tak lebih 20 tahun, serta boleh dihukum dengan sebatan bagi individu yang melakukan liwat tanpa persetujuan mangsa.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan undang-undang ini, mereka mendakwa bahawa ia merupakan undang-undang yang peninggalan British yang pernah menjajah di mana United Kingdom sendiri telah menggugurkan hukuman bagi aktiviti sodomi bermula pada tahun 1967 di England.

perarakan women s march malaysia

(Kredit: Malaysia Kini)

Tak cukup dengan itu, mere juga mendakwa bahawa undang-undang untuk menghalang aktiviti liwat ini merupakan undang-undang Kristian.

Bagi yang tak tahu, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mana tidak terikat dengan mana-mana pindaan undang-undang yang dibuat oleh bekas penjajah.

Selain itu, Seksyen 377 telah dipinda beberapa kali dan yang kali terakhir adalah pada tahun 2017. Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat akan Akta berkenaan.

Ia termasuklah dengan perlakuan liwat dan membuat keputusan untuk mengkategorikannya sebagai jenayah yang wajib dibanteras.

Dari segi undang-undang Islam pula, semua negeri di Malaysia menyatakan hukuman bagi kesalahan liwat, lelaki berlagak seperti perempuan dan sebaliknya, musahaqah (lesbian), hubungan di luar tabii, pondan dan hubungan sejenis di dalam akta dan enakmen masing-masing.

jenayah gay 377a 377b 377c 657

Sebagai contoh, Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (“AKJSWWP”) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat, Seksyen 26 bagi kesalahan musahaqah, Seksyen 28 bagi kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan dan Seksyen 29 bagi kesalahan perbuatan tidak sopan di tempat awam.

Kerajaan amat memandang serius akan masalah ini dan berusaha keras untuk membendung gejala sosial berbahaya ini.

Hukuman bagi menggalakkan maksiat (Seksyen 35), bersubahat (Seksyen 43) dan pendapat bertentangan dengan fatwa (Seksyen 12) juga diperuntukkan oleh AKJSWWP.

Seperti yang dinyatakan di atas, perhimpunan tersebut melaungkan supaya hak pekerja seks dilindungi oleh pihak kerajaan. Tak cukup dengan itu, mereka juga menuntut aktiviti pelacuran digugurkan daripada kategori jenayah atas dasar ia juga merupakan sejenis pekerjaan.

Hal ini membuktikan bahawa pihak penganjur sudah tersasar jauh daripada apa yang ingin diperjuangkan dan ia langsung tidak menyumbang kepada usaha untuk memartabatkan status wanita.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)