Pasukan polis Malaysia memang hebat dan cekap dalam menyelesaikan kes. Namun begitu ada juga ketikanya pasukan polis sendiri gagal menyelesaikan sesebuah kes kerana tidak ada petunjuk dalam membantu siasatan.
Apa yang berlaku pada kes-kes ini? Kebanyakannya terpaksalah ditangguhkan siasatannya sehinggalah muncul maklumat baru yang dapat merungkai jalan buntu kes. Berikut adalah 5 kes paling terkenal di Malaysia yang sehingga sekarang, belum dapat diselesaikan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Pembunuhan Ketua Polis Negara
Anda tak salah baca dan jangan betulkan skrin anda. Pada 7 Jun 1974, Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ke-3 sedang dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi menghadiri mesyuarat dan keretanya dipandu oleh Sarjan Omar Yunus.
Ketika melalui Jalan Tun Perak, keretanya diserang oleh dua orang yang bersenjata yang melepaskan 11 tembakan, 7 mengenai Tan Sri Abdul Rahman Hashim.
Pihak penyiasat percaya tindakan itu didalangi oleh Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya namun tidak berjaya dibuktikan dalam mahkamah. Sehingga sekarang, tidak diketahui siapa pembunuh Tan Sri Abdul Rahman Hashim.
2. Pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Mayat Datuk Norjan Khan Bahadar, 52 tahun ditemui oleh seorang pekerja hotel Shangri-La dengan kesan tikaman di leher dan muka. Seorang pelayan bernama Azman Bakar ditangkap sebagai suspek utama namun dibuktikan yang beliau langsung tak mengenali mangsa.
Seorang lelaki ahli perniagaan Pakistan bernama Amir Khan dipanggil sebagai suspek kedua juga dibebaskan selepas dibuktikan tidak terlibat. Apa yang mencurigakan adalah tidak terdapat sebarang tanda kerosakan atau pergelutan yang berlaku dalam bilik, jadi besar kemungkinan mangsa mengenali pembunuhnya. Sehingga sekarang belum ada tangkapan pembunuh dibuat.
3. Pembunuhan Norita Samsuddin
Norita adalah seorang wanita cantik berumur 22 tahun yang bekerja sebagai pegawai pemasaran. P{ada 5 Disember 2003, Norita dijumpai mati dalam keadaan tidak berpakaian sambil tangannya diikat dengan wayar.
Terdapat kesan cekikan pada lehernya. Seorang jurutera bernama Hanif Basri dijadikan suspek utama kes selepas mendapati beberapa bukti yang menunjukkan hubungannya dengan mangsa namun terdapat beberapa isu yang tidak dapat dibuktikan oleh pendakwaraya berkaitan wujudnya kehadiran DNA seorang lelaki dan wanita tidak dikenali pada malam kejadian.
Hanif yang sebenarnya kekasih Norita dibebaskan pada 29 Mac 2008 dan pembunuh Norita masih belum dapat dikenal pasti.
4. Di mana Sharlinie?
Sharlinie Mohd. Nashar sedang bermain di padang berdekatan rumahnya di Taman Medan pada tahun 2008. Dengan tiba-tiba Sharlinie hilang. Maklumat berdekatan kehilangan Sharlinie disebar dengan pelbagai cara namun tidak ada sebarang petunjuk wujud untuk membantu siasatan.
Apa yang diketahui suspeknya kemungkinan seorang lelaki yang suka buat-buat mencari kucing di kawasan tersebut. Pada Mac 2016, seorang wartawan menemubual kedua ibu bapa Sharlinie dan mereka masih lagi berharap Sharlinie akan dijumpai dalam keadaan selamat namun siasatan bagi kes penculikan ini, masih lagi terpaksa ditangguhkan.
5. Pembunuhan Xu Jian Huang
Seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, Datuk Seri Koh Kim Teck dan pengawalnya yang bernama Resty Agalo dituduh membunuh anak buahnya, seorang remaja 14 tahun bernama Xu Jian Huang di Cheras. Jian Huang ditemui mati lemas dalam kolam di rumah Koh Kim Teck dengan tangan dan kakinya diikat.
Jian Huang dihantar ke Malaysia untuk tinggal bersama pakciknya bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik namun semuanya berkakhir dengan tragedi.
Datuk Seri Koh Kim Teck dan pengawalnya dibebaskan dari tuduhan walaupun perbicaraan menunjukkan Jian Huang mengalami masalah penderaan ketika tinggal di Malaysia. Walaupun begitu, kes ini tidak dapat dibuktikan dan suspek telah pun dibebaskan daripada pertuduhan.