Oleh pada 14 Nov 2018 kategori

Sebelum penaklukan Alexander the Great, sebuah tamadun baharu yang berkembang maju muncul di selatan Jordan. Sebuah suku kaum nomad yang dikenali sebagai Nabataean mula berpindah ke kawasan ini secara beransur-ansur daripada tanah Arab sejak abad ke-6 sebelum Masihi lagi. Lama-kelamaan, mereka mula meninggalkan gaya hidup nomad mereka dan menetap di beberapa kawasan di selatan Jordan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara kawasan-kawasan yang didiami oleh suku Nabataean termasuklah di kawasan yang hari ini kita kenali sebagai Palestin, dan utara Arab. Ibu negeri mereka adalah kota lagenda Petra, tarikan paling terkenal Jordan hari ini. Sebelum kehadiran Nabataean, Petra didiami oleh suku Edomites. 

Kaum Nabataean Masyarakat Yang Hebat

suku nabatean yang hebat 828

Namun, Nabataean adalah kaum yang bertanggungjawab mengukir bangunan, kuil dan makam pada permukaan bukit berbatu di kawasan berkenaan. Mereka jugalah yang membina dinding bagi memperkukuhkan lagi Petra, walaupun kota tersebut sebenarnya secara semulajadi sudah dilindungi oleh bukit bukau. 

Membina sebuah empayar di kawasan padang pasir bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Kaum Nabataean mempunyai kepakaran dalam bidang sistem perairan. Mereka terdiri daripada jurutera air yang berkebolehan, berjaya mengairi tanah dengan sistem empangan, terusan dan takungan yang ekstensif. 

Nabataean juga adalah pedagang yang hebat, terlibat dalam aktiviti tersebut di China, India, Timur Tengah, Mesir, Syria, Greece dan Rom. Antara barang yang diperdagangkan termasuklah rempah ratus, wangian, emas, haiwan, gula, ubatan, kain dan lain-lain lagi. 

suku nabatean berdagang

Daripada sebuah kota berkubu, Petra berubah menjadi laluan perdagangan komersial yang kaya antara dengan kebudayaan Arab, Assyria, Mesir, Greek dan Rom. Pengawasan laluan perdagangan antara kawasan dataran tinggi Jordan, Laut Merah, Damsyik dan selatan Arab menjadi nyawa buat empayar Nabataean. 

Walaubagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat Nabataean. Mereka dikatakan berbicara dalam dialek Arab dan Aramaic. Segala apa yang diketahui tentang budaya suku Nabataean diambil daripada penulisan seorang sarjana Rom yang bernama Strabo.

Beliau merekodkan bahawa komuniti tersebut ditadbir oleh sebuah keluarga diraja, walaupun wujudnya semangat demokrasi yang kuat. Menurut beliau lagi, masyarakat Nabataean tidak mengamalkan sistem perhambaan, dan semua rakyat bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Daripada segi agama, kaum Nabataean menyembah tuhan matahari Dushara, dan dewi Allat. 

Empayar Nabataean Berkembang Maju Dari Segi Ekonomi

aretas iv raja nabataean 904

Kejayaan empayar Nabataean menjadi semakin berkuasa dan kaya raya mula menarik perhatian jirannya di utara. Raja Seleucid, iaitu Antigonus yang menaiki takhta selepas empayar Alexander berpecah, telah menyerang Petra pada tahun 312 BC. Tenteranya dengan mudah memasuki kota tersebut, namun berjaya dikalahkan semula oleh tentera Nabataean. 

Rekod menunjukkan bahawa Nabataean tidak ingin berperang dengan empayar Seleucid bagi mengekalkan aktiviti perdagangan mereka. Sepanjang abad ke-3, Ptolemies dan Seleucids kerang berperang bagi menakluki Jordan, yang mana Seleucid berjaya mencapai kemenangan pada tahun 198 BC. Walaubagaimanapun, empayar Nabatea di Petra tidak terkesan dengan peperangan tersebut. 

empayar seleucid nabataean

Walaupun Nabataean menentang penaklukan tentera, budaya Hellenistik jirannya tetap mempengaruhi mereka. Pengaruh Hellenistik boleh dilihat pada seni bina Nabataean, terutamanya pada ketika empayarnya berkembang ke utara ke Syria, sekitar 150 BC.

Namun begitu, ekonomi dan kuasa politik empayar Nabataean yang semakin berkembang membimbangkan empayar Rom. Pada tahun 65 BC, tentera Rom tiba di Damasyik dan mengarahkan Nabataean untuk mengundurkan tentera mereka. Dua tahun kemudian, Pompei menghantar bala tentera bagi menjatuhkan Petra. Walaubagaimanapun, Raja Nabataean, Aretas III berjaya mematahkan serangan tersebut, tidak caranya, sama ada melalui ketenteraan atau perjanjian damai. 

Empayar Nabataean Di Bawah Penguasaan Rom

empayar nabataean di bawah rom julius caesar

Pembunuhan Julius Caesar pada tahun 44 BC menandakan bermulanya tempoh pemerintahan anarki buat Roman di Jordan. Raja Parthian dan Mesopotamia mengambil peluang yang ada untuk menyerang Petra. Empayar Nabataean membuat kesilapan dengan menyebelahi Parthian ketika peperangan empayar ini berperang dengan empayar Rom. 

Selepas kekalahan Parthian, Petra terpaksa akur menjadi jajahan Rom. Sekali lagi, Petra telah ditakluk buat kali kedua oleh pemerintah Rom, Herod the Great. Serangan kedua pada tahun 31 BC, menyaksikan raja ini mengambil alih sebahagian besar wilayah Nabataean, termasuklah lalu perdagangan yang lumayan ke Syria. 

Walaubagaimanapun, empayar Nabataean terus makmur buat seketika. Raja Aretas IV, yang memerintah daripada tahun 9 BC hingga 40 AD, telah membina rantaian penempatan di sepanjang laluan karavan bagi membangunkan perdagangan kemenyan yang makmur. 

rabbel ii raja nabataean

Empayar Nabataean sedar akan kekuasaan Rom, dan akhirnya bekerjasama dengan mereka bagi melemahkan kebangkitan kaum Yahudi pada tahun 70 AD. Kerjasama tersebut akhirnya memberi impak yang negatif buat Nabataean, apabila mereka diletakkan di bawah pemerintahan Rom. 

Monarki Nabataean yang terakhir, Rabbel II telah membuat perjanjian dengan Rom bahawa sekiranya mereka tidak menyerang Petra sepanjang kehidupannya, mereka akan dibenarkan untuk memiliki empayar Nabataean selepas kematiannya. Selepas kematiannya pada tahun 106 AD, Rom telah mengambil mengambil empayar Nabataean dan menamakannya sebagai Arabia Petrea. 

Hari ini, kita masih dapat melihat kesan peninggalan kaum Nabataean pada dinding-dinding bukit melalui ukiran bangunannya. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. Wikipedia [1, 2]
  2. nationalgeographic.com
  3. kinghussein.gov.jo
  4. theculturetrip.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)