Cara yang paling mudah untuk mengelilingi dunia sudah pastilah dengan menaiki kapal terbang. Walau bagaimanapun, kosnya yang terlalu tinggi menyebabkan hanya segelintir sahaja mnusia yang berkemampuan untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan idea menglilingi dunia dengan menunggang motorsikal?

Mengikut pihak Guinness World Records, rekod perjalanan palling jauh di dunia dengan menunggang motorsikal dipegang oleh seorang lelaki dari Buenos Aires, Argentina bernama Emilio Scotto. Menariknya, rekod yang dicatatkannya ini adalah untuk perjalanan yang dilakukan olehnya secara solo.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perjalanan sejauh 700,000 km

emilio scotto 84

Emilio Scotto yang mencipta rekod ini bukanlah berniat daripada awal untuk mencipta rekod dunia. Sebaliknya, beliau hanya mahu merealisasikan cita-citanya sejak dari kecil mahu mengelilingi dunia.

Perjalanan luar biasanya ini dilakukan bersama dengan dengan motorsikal pertamanya, 1100cc Honda Gold Wing Interstate yang dibeli pada tahun 1980. Dalam tempoh 4 tahun, rekod perjalanan motorsikal tersebut hanyalah 30,000 batu (sekitar 48280.32 km).

Sebelum memulakan ekspedisi gila ini, Emilio Scotto tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya ke luar negara. Pada tahun 1984 dia berhenti dari pekerjaannya dan menjual semua barangnya untuk membiayai perjalanannya. Hasil daripada penjualan barangannya ini, beliau memperoleh $306.

Perjalanan ini dilakukannya tanpa sebarang penaja, kad kredit mahupun kenalan di negara asing. Namun, beliau tetap nekad memulakan perjalanan tersebut demi merealisasikan cita-citanya. Dengan menunggang motorsikal Gold Wing, beliau telah mencatatkan perjalana sejauh 485.000 batu dalam 10 tahun, mengunjungi 232 negara, pulau, jajahan dan negara-negara yang tidak merdeka yang mewakili hampir 99 peratus dari jumlah kawasan di dunia.

Permulaan penuh berliku

honda gold wing interstate

Ternyata, pada permulaannya lagi beliau sudah menghadapi pelbagai masalah. 

Pada bulan Januari 1985, ketika tiba di sempadan pertamanya dari sempadan timur Argentina ke Uruguay,  pegawai imigresen Uruguay tertawa besar melihatnya bersama motorsikal besarnya itu yang sarat dengan barang-barang. Beliau diperli membawa terlalu banyak barang seperti mahu mengelilingi alam semesta.

Kemudian, beliau menunggang dari Uruguay dan terus ke Brazil dan melalui kota Rio de Janeiro di mana di telah dirompak. Ketika itu, beliau hanya memiliki cukup sumber untuk melakukan perjalanan sejauh 600 batu ke utara ke Salvador.

Secara kebetulan, di sana beliau berpeluang menjalin persahabatan dengan seorang pemuda yang kebetulan berasal dari keluarga kaya dan dengan bantuan kewangan pemuda tersebut, beliau menuju ke utara sekali lagi. 

Beliau juga terpaksa beberapa kali bertembung dengan ribut besar hingga akhirnya tiba di Amazon, hutan terpadat di dunia. Di sana, beliau diberitahu bahawa hutan itu tidak dapat dilalui dengan kendaraan dan beliau  harus kembali ke Argentina dan memulai perjalanannya ke Amerika Selatan menggunakan Lebuhraya Pan-Amerika di pantai barat.

Walau bagaimanapun, sekiranya beliau mengikuti cadangan tersebut, beliau perlu berpatah balik dan membuat perjalan sejauh 8.000 batu. Sudah tentulah ianya akan membazirkan masanya. Setelah puas mencari, beliau akhirnya terjumpa sebuah sungai yang dilalui kapal tangki.

Bermalam bersama sekumpulan penjenayah

motorsikal honda

Apabila menceritakan kembali detik tersebut, beliau mengatakan selain diri dan motorsikalnya, kapal itu turut membawa puluhan lagi penumpang yang dilihat seperti penjenayah. Sebahagian besar daripada mereka bukanlah oranng asli yang tinggal di hutan tersebut, sebaliknya penjenayah yang hidup dalam buangan negara masing-masing.

Pada malam tersebut, mereka pun bermainan kad terup. Antara barangan yang dipertaruhkan termasuklah wang, emas dan senjata seperti pisau dan pistol. Nasibnya baik apabila menang kesemua 5 pusingan. Pemain-pemain lain tidak berpuas hati hingga menimbulkan ketegangan dan menuduhnya menipu sehingga salah seorang daripada mereka mengacukan pistol padanya.

Tidak mahu diapa-apakan, beliau bsersetuju untuk memulangkan kesemua barangan yang dimenanginya. Malangnya, mereka bertambah berang kerana perbuatan itu umpama memerli mereka. Keesokan harinya, apabila sampai ke sebuah jeti, salah seorang lelaki yang dipercayai ketua penjenayah-penjenayah tersebut menyerahkan satu gumpalan kertas kepadanya.

Lelaki itu menjelaskan, mereka sebenarnya sengaja membiarkan beliau menang supaya beliau mendapat duit tersebut untuk membiayai perjalanannya. Menurutnya lagi, mereka sebenarnya hanya bergurau pada malam sebelumnya dan mendoakan keselamatannya dalam perjalanan. Tambahnya lagi, dengan membantunya, sekiranya beliau berjaya mengelilingi dunia, ia umpama mereka juga telah mengelilingi dunia bersamanya walaupun mereka tidak boleh keluar daripada hutan tersebut.

Pertolongan yang tidak disangka-sangka

rekod dunia motorsikal

Dalam perjalanannya, Emilio Scotto menceritakan beliau telah  beberapa kali dibantu oleh penduduk setempat. Antaranya yang diingatinya adalah di Honduras apabila tayar belakang motornya tiba-tiba pancit. Beliau berjaya membuka tayar tersebut pada siangnya dan menjelang malam, tiba-tiba 2 orang lelaki muncul dan mereka menawarkan untuk membawa tayarnya ke kampung mereka untuk diperbaiki.

Beberapa waktu setelah tengah malam, mereka kembali dengan roda dan tayar yang diperbaiki dan bertanya apakah beliau memerlukan apa-apa lagi dan menolak pembayaran atas kerosakan tayar tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka turut menjemputnya ke sebuah rumah tamu di mana beliau boleh bermalam. 

Melintasi sempadan antara Mexico dan Arizona, beliau tertarik akan keramahan pengawal imigresen, kebersihan Amerika dan keadaan lebuh raya yang luar biasa.

Hampir dibunuh di Afrika

rekod keliling dunia solo

Emilio Scotto juga tiba di benua Afrika dimana beliau merancang untuk melawat kesemua 55 buah negara di sana. Beliau tiba di Afrika Utara di pelabuhan Tunis sebelum mendapati dirinya dikelilingi oleh lautan pasir gurun Sahara. Perjalanannya disana dilakukannya di trek keras, kering dan berbatu yang tidak ditandai dengan papan tanda selain cuaca yang terlalu panas.

Beliau berfikir beberapa kali untuk kembali dan membatalkan misinya melawat semua negara di benua tersebut. Pernah satu kali, Sirocco iaitu ribut pasir gurun menyerangnya sehingga cermin di topi keledarnya tercabjd dan motorsikalnya tenggelam dek ribut  pasir tersebut.

Beliau hampir menjadi sup manusia semasa melawat ke sebuah kampung. Ketika itu, dia dibawa ke sebuah pondok dan diberikan mangkuk berisi cairan yang tidak diketahuii. Beliau teringat kata-kata seorang rakannya di Senegal  yang telah memperingatkan bahawa beberapa bahagian di  Afrika masih mengamalkan kanibalisme.

Mereka menjerat mangsa mereka dengan minuman keras. Dalam usahanya untuk melepaskan diri, percikan minuman tersebut telah memasuki mulutnya menyebabkannya mula terbatuk-batuk tanpa kawalan. Beliau berjaya melepaskan diri, mencapai motorsikalnya dan memecut dengan laju.

Pengakhiran perjalanan

keliling dunia solo

Sebelum memulakan perjalanannya mengelilingi dunia, beliau sudah pun memiliki seorang teman wanita bernama Monica. Ketika sampai di perbatasan antara Turki dan Iran, beliau menelefonnya dan mereka bertemu di India dan berkahwin di New Delhi.

Ketika menghadapi masalah di Dhaka, Emilio Scotto dan Monica ditawarkan sebuah bilik percuma di sebuah hotel mewah. Ketika itu, kedatangan pelancong ke sana sangat jarang sehingga pengurus hotel memanggil sidang media. Restoran memberi makan  kepada pelancong secara percuma dan oran tempatan mengundang mereka ke rumah mereka untuk tinggal atau berkunjung.

Honda dari Bangladesh membaiki kerosakan motorsikal mereka secara percuma dan Emilio Scotto dan Monica akhirnya mengucapkan selamat tinggal dan menuju ke Asia Tenggara Australia dan kepulauan Pasifik Selatan. 

Di Greenland, beliau mendapat pengalaman memakan daging ikan paus mentah, apa yang dikatakannya adalah hidangan paling tidak sedap di dunia. Beliau kemudian kembali di Amerika Syarikat dan Mexico lagi dan menerima rawatan VIP di Cuba.

Seterusnya, beliau ke 27 pulau Caribbean dan Guyana. Setelah Suriname dan Kepulauan Galapagos, Emilio Scotto berjalan melalui Bolivia dan Chile, dan akhirnya pulang ke Argentina, di mana dia mendapat saman lalu lintas terakhir perjalanannya itu.

Setelah 10 tahun, 2 bulan dan 19 hari, perjalanannya mengelilingi dunia akhirnya selesai. Beliau menceritakan perjalanannya dalam buku 224 halaman yang digambarkan dengan fotonya, The Longest Ride: My Ten-Year 500,000 Mile Motorcycle Journey, yang diterbitkan pada tahun 2007.

Kredit:

  1. Rider Magazine
  2. Wikipedia
  3. Guinness World Records



Hakcipta iluminasi.com (2017)