Elon Musk bukanlah nama yang asing dalam teknologi. Beliau merupakan antara tokoh paling berpengaruh di dunia dan terkenal dengan idea-ideanya yang bernas. Elon Musk adalah pemilik di syarikat SpaceX dan Tesla.

Terbaru, beliau baru sahaja melancarkan syarikat diberi nama Neuralink iaitu sebuah syarikat yang akan membangunkan teknologi yang bakal menghubungkan otak manusia dan komputer.

BESARKAN TEKS     A-  A+

otak

Buat masa ini, Neuralink masih dalam fasa awal dan masih belum mempunyai apa-apa produk untuk diperkenalkan. Elon Musk berkata, syarikat yang dibangunkan ini memberi fokus untuk membangunkan alat yang boleh ditanam atau dipasang di otak manusia untuk menghubungkannya dengan teknologi artificial intelligence (AI).

Apa yang ingin dilakukan ini bukanlah suatu perkara yang baru. Sebuah syarikat Silicon Valley, Kernal juga mempunyai misi yang hampir sama. Walau bagaimanapun, idea Elon Musk ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Para saintis neurosains juga berkata, mereka mempunyai pemahaman yang sangat terhad tentang sel neuron di dalam otak manusia dan mereka perlu mencari kaedah yang sesuai untuk mengkajinya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)