Oleh pada 09 Jan 2018 kategori

Sumber foto: mirror.co.uk

Penyanyi lagu "Perfect", Ed Sheeran didedahkan terlalu menggemari sos tomato. Beliau memerintahkan para pembantunya untuk membawa sebuah botol kecemasan mengandungi sos itu sepanjang masa.

Bintang muda berusia 26 tahun itu terlalu obses dengannya sehinggakan mempunyai tatu sos tomato Heinz sebagai tanda penghormatan.

Menurut suatu sumber, Ed Sheeran juga didakwa berasa jemu apabila setiap kali terpaksa berhadapan dengan ketiadaan sos tomato di restoran mewah semasa membuat siri konsert jelajahnya.

Tugas ahli utama rombongannya adalah untuk membawa sebotol sos tomato ke mana sahaja dia pergi supaya ia dapat dinikmati bersama apa sahaja hidangan. Dari sosej semasa sarapan pagi, sehinggalah majlis makan malam mewah, tiada yang terkecuali.

Baru-baru ini, Ed juga berkata bahawa jika dirinya seorang perdana menteri, beliau akan mewajibkan semua restoran yang mempunyai menu kerepek untuk menghidangkan sos tomato.

Sumber berita: The Sun




Hakcipta iluminasi.com (2017)