anak allahyarham aziz desa mas zharif bawa nama bapa

Pemilihan anak sulung bekas pengacara TV3, Allahyarham Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri sebagai pembaca berita TV9 baru-baru ini ternyata berjaya menunaikan hasrat arwah bapanya itu yang ingin melihatnya menceburi dunia penyiaran.

Mas Zhafri yang berusia 22 tahun meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menyambung legasi ayahnya yang menjadi sumber inspirasi untuk dia terjun ke bidang penyampaian berita.

Saya memang rapat dengan ayah dan sering menemaninya pergi bekerja, malah menjadi pemandunya ketika arwah sakit.


Sepanjang itu juga saya berminat untuk jadi seperti dia dan menceburi bidang penyiaran.

Mas Zharif bersama seorang lagi gadis yang menjadi tular baru-baru ini kerana dikatakan berwajah seiras Neelofa iaitu Hawa Rizwana diumumkan sebagai pembaca berita baru stesen brekenaan dan bakal memulakan tugas bermula 1 September hadapan.

Membawa nama Allahyarham, Mas Zharif mengakui tanggungjawab yang terpaksa digalasnya itu agak mencabar selain harus bersifat cekal dan tabah kerana Sri Pentas merupakan tempat arwah bapanya mencari rezeki membesarkannya sekeluarga.

Saya perlu membuat yang terbaik bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk menjaga nama baik Allahyarham sebagai orang yang pernah dihormati.


Arwah ayah juga pernah menasihatkan saya agar berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu dan jangan malas membaca. Dia juga sering mengingatkan saya agar membaca surah Iqra sebelum memulakan kerja.


Sedih kerana setiap kali saya melangkah ke sini pasti saya akan teringatkan ayah.

Untuk info, Allahyarham Aziz Desa disahkan meninggal dunia pada 27 Disember 2015 kerana masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung. Allahyarham meninggalkan isterinya, Raden Norazlina Raden dan enam orang cahaya mata.

Sumber berita: mStar Online


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)