Kredit foto: Instagram @justinbieber

 

Nama penuh: Justin Drew Bieber

Usia: 29 tahun

Tarikh lahir: 1 Mac 1994

Tempat lahir: London, Ontario, Kanada

Pasangan: Hailey Baldwin

Tahun perkahwinan: 2018

Pekerjaan: Penyanyi dan pencipta lagu

Tahun mula aktif: 2007

Album studio: My World 2.0 (2010), Under the Mistletoe (2011), Believe (2012), Purpose (2015), Changes (2020) dan Justice (2021)

Lagu popular: Sorry (2015), Baby (2010), What Do You Mean? (2015), Love Yourself (2015) dan lain-lain

 

Trivia

1.Bapanya merupakan seorang bekas tukang kayu dan terlibat dalam sukan seni bela diri campuran. Ibunya pula pernah bekerja swbagai petugas pejabat. Mereka berusia 18 tahun ketika Justin Bieber dilahirkan dan mengambil keputusan untuk berpisah tidak lama selepas kelahirannya.

2. Biarpun dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang berpendapatan rendah, ia tidak menjadi penghalang buatnya untuk beraksi cemerlang dalam bidang akademik. Mengakhiri zaman persekolahannya, beliau berjaya memperoleh purata nilai gred (GPA) sebanyak 4.0.

3.Seawal usia 12 tahun, Justin Bieber telah menyertai sebuah pertandingan nyanyian di tempatnya membesar dan hanya berjaya mendapat tempat kedua. Ibunya kemudiannya terus memuatnaik video Bieber menyanyikan semula barisan lagu bergenre R&B di YouTube. Populariti beliau di laman sosial itu saban hari kian meningkat dan akhirnya membawa kepada penemuan bakat oleh pengurusnya.

4. Sebelum bergelar penyanyi terkenal, barisan video nyanyiannya di YouTube sudahpun mencapai jutaan tontonan.

5.Pernah bergelar penghibur jalanan di hadapan sebuah bangunan pementasan teater berbekalkan gitar sewa.

6.Penyanyi terkemuka, Justin Timberlake pernah membida Bieber untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya sebelum tewas di tangan penyanyi R&B, Usher.

7.Gerakan peminatnya yang dipanggil sebagai Bieber Fever ternyata berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila ia disamakan dengan fenomena Beatlemania yang dibawa oleh kumpulan lagenda era 60-an, The Beatles.

8. Tidak terkecuali merasai penangan tersebut ialah penyanyi Billie Eilish sebelum bergelar figura awam. Beliau didedahkan hampir dihantar oleh ibunya untuk menjalani terapi gara-gara obses terhadap Bieber.

9. Di usia 27 tahun, beliau menjadi penyanyi solo termuda yang memiliki 8 buah album dalam kedudukan nombor satu di Amerika Syarikat iaitu suatu rekod yang dahulunya dipegang oleh Raja Rock & Roll, mendiang Elvis Presley sejak tahun 1965. 

10. Pernah mendermakan rambutnya untuk dijual bagi tujuan kebajikan. 

 

Foto terkini

329751143 135828209378037 4310823549995722836 n

316712068 1763916623984986 1278960486973704610 n

338407146 763735265152821 5033926769132409337 n

338418491 708309731030922 7788153035663363541 n

329520649 137433162533228 2615365117420202705 n

329249803 202290665679473 6997672907890617119 n

329062910 727616562138448 5669242839804879372 n

325358790 180125774630492 4873020833657631790 n

325262927 1871112266554738 3527840706826196553 n

316178066 155317737205630 6033391939732062783 n

 

Sumber:

Wikipedia Justin Bieber

ABC News [Justin Bieber's Mom, Pattie Mallette: 7 Things to Know]

Toronto Star [Justin Bieber guide added to hometown of Stratford's tourism website]

The Guardian [Justin Bieber: the trouble with the wild child – is it all just a dysfunctional father-son relationship?]

The New York Times [Justin Bieber Graduates From High School]

Celebuzz! [FYI: Justin Bieber Is Actually Smart, Reveals He Graduated High School With a 4.0 GPA]

Alabama [Temperature's rising as Justin brings Bieber fever to Birmingham (with video)]

Billboard [Usher Introduces Teen Singer Justin Bieber]

Reuters ["Time" is right for teen singer Justin Bieber]

The New York Times [Justin Bieber Is Living the Dream]

The Outline [How a small-town Canadian museum became a shrine to Justin Bieber]

Billboard [Justin Bieber – The Billboard Cover Story]

MTV [Usher and Justin Timberlake Battled It Out For Justin Bieber]

HuffPost UK [Is Justin Bieber Losing It? 5 Reasons Why We Think He Might Be...]

Capital [Justin Bieber's Rise To Fame From Penniless Beginnings To Superstardom]

Vanity Fair [Billie Eilish Almost Went to Therapy Over Her Justin Bieber Obsession]

The New York Times [Justin Bieber’s ‘Justice’ Debuts at No. 1, Ending Morgan Wallen’s Run]

NPR [Justin Bieber's Hair Raises Funds For Charity]




Hakcipta iluminasi.com (2017)