Siapa tak kenal Justin Bieber, dan juga bekas anggota One Direction, Zayn Malik? Kalau anda tak kenal, mungkin anda berasal dari planet lain. Mereka berdua adalah antara dua nama yang terbesar dalam industri muzik pop masa kini. Justin Bieber baru-baru ini dilaporkan sedang mencuba untuk berkolaborasi dengan bintang sensasi dari England itu selepas beliau tertarik dengan lagu terbaru Zayn yang bertajuk "Pillowtalk".

justin bieber

Menurut akhbar The Sun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Beauty and The Beat itu mahu bekerjasama dengan Zayn Malik kelak dan juga mengagumi lagu terbaru Zayn yang bertajuk Still Got Time ft. PARTYNEXTDOOR.

Ada pihak yang memberitahu kepada pihak media, "Justin baru-baru ini memuji lagu terbaru Zayn dan terdapat tentatif berkenaan mereka berdua akan bekerjasama. Mereka sedang berhubung dan semakin rapat, dan berborak mengenai banyak perkara. Justin juga ada retweet satu link lagu Zayn, yang mana bukan perkara biasa yang dilakukan oleh Justin. Jika ia benar-benar berlaku, ia bakal menjadi kolaborasi yang terbesar yang pernah berlaku!,"

zayn malik

Peminat-peminat kedua-dua penyanyi lagu "Sorry" dan "Pillowtalk" ini pasti tertanya-tanya bagaimana Justin Bieber boleh membuat keputusan untuk bekerja sama dengan Zayn Malik, lebih-lebih lagi selepas beliau melibatkan Zayn dalam perang Instagram yang melanda Justin dan bekas kekasihnya Selena Gomez.

perang instagram

Bekas pasangan kekasih itu yang bersama sejak 2011 hingga 2014, kembali bergaduh pada Ogos 2016 selepas Justin Bieber mengugut untuk membuatkan Instagram miliknya sebagai private selepas peminatnya, Beliebers, mula menyerang seorang gadis yang dikatakan kekasih terbarunya ketika itu iaitu Sofia Richie.

Jika Justin dapat melupakan masalah peribadi yang dialami beliau bersama Zain Malik, tidak mustahil mereka boleh berkerjasama. Sudah tentunya gadis-gadis di seluruh dunia mengharapkan kolaborasi di antara mereka menjadi kenyataan, dan sudah pasti akan menjadi hits di kalanan anak muda masa kini. Siapa yang tidak mahu dengar lagu mereka jika mereka berkolaborasi kan? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)