Oleh pada 02 Nov 2017 kategori

Kredit foto: E! Online

Akhirnya hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi Selena Gomez dan The Weeknd tiba di penghujungnya.

Dalam laporan yang dikeluarkan Daily Mail mendakwa Justin Bieber menjadi punca keretakan hubungan pasangan itu selepas Selena dilihat kembali berdamai dengan bekas kekasihnya itu.

"The Weeknd kecewa apabila kekasihnya itu sudah mula berbaik semula dengan Justin Bieber," kata sumber.

Malah dikatakan Bieber meluangkan kebanyakan masanya bersama Selena sejak beberapa minggu lalu.  

selena gomez the weeknd akhirnya berpisah angkara justin bieber 2

Kredit foto: justjared.com

"Mereka juga sering menghabiskan masa bersama dan berada di beberapa lokasi sekitar Beverly Hills sejak beberapa minggu lalu.

"Perkara itu membuatkan The Weeknd mengambil keputusan untuk berpisah setelah hampir 10 bulan mereka bercinta," katanya lagi.

Tambah sumber itu, antara faktor lain pasangan ini tidak lagi sehaluan kerana kesibukan kerjaya masing-masing.

Malah The Weeknd sedang terlibat dalam siri konsert jelajah dunia hingga membuatkannya sukar bertemu Selena.

Terdahulu, Bieber dirakam paparazi memasuki rumah Selena bersama beberapa teman lain walaupun hubungan mereka ketika itu dilaporkan hanya atas dasar berkawan.

Sumber berita: Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)