Oleh pada 27 Oct 2017 kategori

kantoi justin bieber masuk rumah selena gomez

Kredit foto: Instagram Selena Gomez & Instagram Justin Bieber

Peminat sedia maklum dengan hubungan cinta antara penyanyi Justin Bieber dan Selena Gomez yang telahpun berakhir pada tahun 2014.

Bagaimanapun dalam laporan terbaru daripada TMZ, Bieber baru-baru ini dikatakan mengunjungi kediaman bekas kekasihnya itu.

Awalnya Selena dilihat pulang ke rumah sebelum beberapa minit kemudian disusuli dengan kelibat Bieber yang tiba bersama keretanya.

Momen itu berjaya dirakam oleh pihak paparazi.

Bagaimanapun, jelas sumber, pasangan ini hanya menjalinkan hubungan yang tidak lebih daripada sahabat.

Dalam masa yang sama, Selena masih bersama kekasihnya, penyanyi The Weeknd.

Malah The Weeknd juga sedar akan rancangan Bieber yang ingin mengunjungi Selena.

Difahamkan, kunjungan itu turut disertai teman-teman lain di rumah Selena.

Sumber berita: TMZ

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)