Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

Kredit foto: hangat.com & duniapatik.com

Kakak kepada Joy Revfa iaitu Dyana Sofia tampil mempertahankan adiknya yang dikecam teruk kerana sering menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.

Menurut Dyana, Joy bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan kecaman netizen.

Justeru Joy mencari ruang untuk meredakan tekanan, lalu menjadikan media sosial sebagai medium untuk meluahkan perasaannya.

Dedah Dyana lagi, Joy dan Hafiz Hamidun hanya tinggal serumah selama enam hari sahaja sehingga tiada peluang untuk berkenalan dengan lebih rapat. 

Ini pendedahan penuh Dyana.

duduk sebumbungpun enam hari saja lagi pendedahan mengejutkan kakak joy revfa 2

Kredit foto: Facebook Dyana Sofia & Beautifulnara

Orang yang kata minta Joy jangan kongsi di media sosial tu saya rasa lebih baik kena faham situasi Joy yang setiap hari setiap masa dikecam. Orang yang komen negatif, tak tahu apa kisah sebenar dan hanya tahu mengecam, apa yang Joy hadapi ada siapa yang tahu? Sehingga boleh hilang kepercayaan orang luar pada perniagaan dan diri dia sendiri. Sampai bila Joy nak berdiam?? Sampai tahun depan? Dua tahun lagi? Lima tahun lagi?? Duduk sebumbung pun enam hari saja, kamu semua rasa sempat ke mereka berdua ni nak bergaduh..?? Berkenalan pun mereka tak sempat apatah lagi nak melawan cakap masing-masing.  

duduk sebumbungpun enam hari saja lagi pendedahan mengejutkan kakak joy revfa 3

Kredit foto: BH Online

Kamu semua kat luar tak tahu apa-apa diam saja ya. Apa niat / konspirasi sebenarlah nak buat Joy macam ni sekali. Niat dia nak lelaki beragama boleh bimbing dia saja. Kalau tak sebab dia lelaki beragama, adik saya tak akan terima lamaran dialah dari awal. Sampai bila adik saya nak kena kecam untuk menunggu keterangan dari belah sana? Ada yang nasihatkan supaya pihak kami berdiam sahaja dari kecaman tapi sampai bila kami harus berdiam.. ?? Gunung berapipun boleh meletus. Sudah melampau terlalu banyak penghinaan dari manusia yang tak tahu cerita sebenar menuding jari pada adik saya. Semoga Allah kasilah petunjuk yang sebenar. Maaf, Kak Long dah tak tahan sedih tengok keadaan adik sendiri. Kak long sayang awak, Siti Arifah Amin.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi akaun Facebook Dyana.  

Sehingga kini Hafiz masih tidak memberikan sebarang maklumbalas. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)