Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai kapai joy revfa buka mulut 1

Kredit foto: tv14.my & mynewshub.cc

Belumpun lagi penyanyi Hafiz Hamidun membuat kenyataan rasmi berhubung isu pergolakan rumah tangganya, beberapa kenyataan daripada pihak-pihak tertentu menghangatkan lagi keadaan.

Malah isteri Hafiz, Joy Revfa sendiri telah memuat naik beberapa kiriman Instagram yang menggambarkan tentang ketidakpuasan hatinya terhadap perkahwinan tersebut.

Namun apa yang ditulis dalam kiriman terbaru Joy semalam boleh kami katakan sebagai kenyataan paling hangat pernah dikeluarkan beliau yang dipercayai adalah luahan hatinya terhadap Hafiz.

Jom ikuti apa kata Joy.

dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai kapai joy revfa buka mulut 2

Kredit foto: azhan.co

Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yang suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala-galanya jiwa raga untuk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti. Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisahlah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban dan harungi bersama. Namun mengapa kelemahan yang ada pada lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dalam segala hal..? Kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? Wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isterilah yang tidak henti-henti memberi semangat dan sokongan waima si isteri tahu kelemahan dan keaiban sebenar suaminya itu. Memegang prinsip dan tanggungjawab sebagai isteri dalam melindungi setiap perkara dalam rumahtangganya, isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.

dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai kapai joy revfa buka mulut 3

Kredit foto: ohmymedia.cc

Namun, pengakhirannya isteri yang sanggup berkorban dan setia untuk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai-kapai sendirian. Ibarat nakhoda membiarkan anak-anak kapalnya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kepada nakhodanya. Nilaikan di manakah penghargaan dan pengorbanan seorang isteri dimata hati suami..? Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. Nukilan hati, Joy Revfa.  

Kami percaya setiap kisah mempunyai dua versi cerita yang berbeza daripada dua pihak. Justeru jangan cepat membuat spekulasi. Kita nantikan pula kenyataan daripada Hafiz selepas ini. 


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)