Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Instagram Joy Revfa

Kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa kembali panas apabila Hafiz dalam sebuah kenyataan terbarunya memberi amaran kepada Joy agar tidak mengambil ringan permohonan faraq nikah yang difailkan wanita itu di mahkamah.

Susulan kenyataan itu, Joy tampil membidas Hafiz dengan meminta penyanyi itu supaya tidak memanipulasikan dirinya dan masyarakat melalui media.

Joy menegaskan, dia sememangnya mengambil serius kes itu kerana tuntutan yang dibuatnya mempunyai pendirian yang jelas.

Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius. Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya. Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai.
Sumber: Mstar

Terdahulu, permohonan faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dalam pada itu, Joy berkata, dia mengetahui punca sebenar Hafiz beremosi, melarikan diri dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah.

Malah, Joy beranggapan suaminya itu sendiri yang mencanangkan kisah peribadi rumah tangga hingga berjaya dihidu pihak luar.

Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi. Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan. Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya.
Sumber: Mstar

Selain itu, Joy turut mempersoalkan tindakan Hafiz yang memilih untuk menjauhkan diri sedangkan sebagai seorang lelaki berilmu agama, suaminya harus menyelesaikan secara bersemuka dan berbincang.

Malah, Joy beranggapan dirinya sahaja yang berkorban untuk melindungi isu rumah tangga mereka sedangkan hatinya terus disakiti.

Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu. Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja.
Sumber: Mstar

Bagaimanapun, Joy menyedari hikmah di sebalik dugaan itu yang membawa kesedarannya kepada Allah serta penyelesaian masalah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)