Oleh pada 23 Aug 2017 kategori

lagi kenyataan hafiz hamidun nafi tinggal sebumbung 6 hari 1

Kredit foto: musicjinni.com & rojakdaily.com

Dalam sidang media khas yang berlangsung semalam, penyanyi Hafiz Hamidun mengulas tentang beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh Siti Arifah atau dikenali sebagai Joy Revfa.

Menjawab soalan pemberita, Hafiz menafikan dia pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Joy kerana sedari awal telah meragui status perkahwinan mereka.

lagi kenyataan hafiz hamidun nafi tinggal sebumbung 6 hari 2

Kredit foto: Media Hiburan
Apabila saya mengetahui masalah ini (tiada sijil cerai), saya mengambil pendekatan untuk tidak menyentuh dan mengadakan hubungan kelamin. Saya bertindak menjauhkan diri kerana enggan menimbulkan masalah lain di masa akan datang. Lagipun apabila masalah ini timbul, saya tidak menganggap dia sebagai isteri. Jadi, jangan panggil kami suami isteri.

Hafiz turut melahirkan kekecewaanya dengan sifat Joy yang bertindak menghebahkan masalah perkahwinan mereka kepada khayalak dengan menggunakan medium media sosial kerana daripada kata sepakat awal, mereka bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara tertutup tanpa memberikan kenyataan mahupun hint kepada orang luar.  

Apabila masalah ini jadi kecoh, saya pun dah malas nak layan. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan secara baik kerana kami sudah berbincang dari awal lagi sebelum bernikah. Lagipun saya sudah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tanpa diketahui khalayak. Kalau dia kata dia telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini, kenapa dia bertindak terburu-buru? Saya sebenarnya yang sedaya upaya untuk menyelamatkan kes perkahwinan dia yang terdahulu dan menyelamatkan perkahwinan saya yang baru saja berusia sebulan dua. Jadi saya sebenarnya sebelum ini saya memang bersungguh-sungguh menyelamatkan perkahwinan ini. Namun tidak menemui jalan yang mudah kerana diganggu oleh pelbagai janji-janji yang dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak sana.

Ditanya tentang dakwaan Joy yang mengatakan mereka hanya tinggal sebumbung selama enam hari, Hafiz menafikannya. Malah penyanyi itu menegaskan dia tidak pernah mengabaikan Joy seperti yang diwar-warkan wanita itu.

lagi kenyataan hafiz hamidun nafi tinggal sebumbung 6 hari 3

Kredit foto: Mstar
Saya sudah berusaha menyelamatkan keadaan ini. Malangnya dia pula bertindak mengikut emosi sehingga mengundang pelbagai tanggapan negatif masyarakat. Saya tidak tahu apa motif tetapi dia telah memfailkan tuntutan itu dan saya telah serahkan kepada peguam saya untuk membuat tuntutan balas pada apa yang dia failkan. Kami tinggal berasingan daripada hari pertama, saya tak pernah tinggal bersama-sama dengan dia. Hubungan seks? Tak pernah. Saya tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan dia. Malah saya tidak lari, saya tak pernah lari pun. Saya cuba untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Apabila membabitkan isu di awal-awal pernikahan itu, pada saya kita cuba menjalankan tanggungjawab seperti mana orang yang baru berkahwin tetapi kerana ada keraguan terhadap satu perkara tersebut, saya bertindak untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan masalah pada masa akan datang. Kalau saya jenis tak bertanggungjawab, sudah lama saya membiarkan isu ini. Namun mengenangkan dia bersama saya, jadi saya perlu berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini daripada berterusan. 

Mengulas mengenai masa depan perkahwinannya, penyanyi itu tanpa berselindung memberitahu dia sudah berputus harap.

Kalau tanya perasaan saya sekarang terhadap perkahwinan kami, saya sudah tawar hati. Saya reda dengan apa saja keputusan pada 14 September nanti.
Sumber berita: Mstar & Harian Metro 

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)