ellymazleinseksi

Kredit foto: Instagram.com/iamellymazlein

Hanya disebabkan berpenampilan seksi serta berpersonaliti manja, penyanyi dan aktres Elly Mazlein (38 tahun) telah dianggap sebagai simbol seks oleh segelintir pihak.

Namun, Elly enggan ambil pusing dengan gelaran itu dan memberitahu dia bukan jenis yang sensitif terhadap fitnah yang dilemparkan oleh pihak lain yang ingin menduga kesabarannya. 

Menurutnya, dia tidak mampu untuk memberhentikan apa jua yang mahu diperkatakan oleh masyarakat.

Elly sekali lagi menjadi bualan setelah secara terbuka bercakap soal buah dadanya yang kelihatan besar dari kebiasaan kerana menyusukan anak dan mengakui tidak menjalani pembedahan.  

Sementara itu, Elly berkata, kekebalannya dengan kecaman netizen itu barangkali kerana telah biasa dengan adat bergelar anak seni yang ditempuhinya selama 20 tahun.

Bahkan, menurut Elly, terdahulu wujud hal lebih teruk yang terpaksa dilaluinya berbanding komen negatif netizen.

ellymazleinseksi 2

Kredit foto: Instagram.com/iamellymazlein

Jelasnya, pengalaman banyak mengajar nya untuk tidak mudah terasa hati dengan cacian orang.

Malah, bergelar seorang ibu membuatkan Elly mempunyai pelbagai hal lain yang memerlukan tumpuannya.

Tambahnya, dia cuma akan tampil memberikan kenyataan jika terdapat pihak ingin mengaitkan keluarga dan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini berumur 2 tahun.

Oleh kerana hal itu juga, sejak setahun lepas dia enggan memuatnaik foto Sefhia di laman sosial bagi menjaga privasi anaknya itu dan memastikan dia melalui kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.  

Bercakap soal perkembangan lain, Elly memberitahu, 2018 banyak membawa kesan positif terhadap kerjayanya, termasuk ditawarkan menjadi pengacara rancangan Mentor Otai di TV3.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. mStar Online


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)