Oleh pada 12 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/iamellymazlein

Penyanyi popular Elly Mazlein memberikan kejutan buat bapa tercintanya dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah model Mercedes-Benz C200 yang dibelinya dengan nilai anggaran lebih RM200,000.

Menurut Elly, hadiah itu akan diberikan kepada bapanya sebaik dia pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.


Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki.

Menurut Elly, kereta tersebut menjadi pilihannya kerana berfikiran ia sesuai dengan personaliti bapanya itu.

Elly juga meluahkan rasa syukur dengan limpahan rezeki yang mencurah-curah selepas mendirikan rumahtangga dan ingin berkongsi nikmat tersebut dengan orang tersayang.

Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.


Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)