Oleh pada 28 Jun 2018 kategori

elly mazlein berbaik dengan azmi hatta ini respon faye kusairi 1

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta yang berperang dingin, sejak awal Syawal menandakan isyarat bakal berdamai, susulan kunjungan lelaki itu menjenguk anak mereka, Putri Sara Sefhia.

Melihat perkembangan itu, isteri Azmi, aktres Faye Kusairi, 32, berkata, beliau menyambut baik hasrat Elly yang mahu hubungan hambar mereka dipulihkan demi masa depan Sefhia.

"Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan.

"Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi," kata Faye kepada Mstar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terdahulu Elly yang menyatakan syukur atas kunjungan Azmi ke rumahnya untuk menjenguk Sefhia.

Sementara itu, pelakon Istikharah Cinta ini mula menimbang hasrat untuk bersemuka sendiri dengan Elly dan Sefhia.

Dia tumpang gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik agar kemelut yang melanda sebelum ini tidak lagi dipanjangkan.

elly mazlein berbaik dengan azmi hatta ini respon faye kusairi 3

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

"Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi.

"Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat," katanya.

Dua tahun lalu, Faye dikaitkan sebagai orang ketiga dan punca keretakan perkahwinan Elly dan Azmi sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi itu pada 8 April tahun lalu.

Mulanya berat hati Faye berdepan tanggapan buruk masyarakat apabila dilabel perampas kebahagiaan wanita lain, namun akhirnya akur selepas sedar situasi itu tidak mampu lagi dibendung.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi pada 9 April lalu.

Sementara itu, bercerita perkembangan kerjayanya pula, beliau akui masih aktif dalam dunia seni meskipun sibuk menjayakan peranan sebagai seorang ibu.

"Memang agak sibuk selepas ada anak ni. Tapi Insya-Allah kerjaya seni masih diteruskan.

"Cuma belum ada tawaran. Mungkin orang ingat bila dah ada anak dan berkahwin, saya perlahan. Sebenarnya saya masih bergiat aktif juga," katanya.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)