Oleh pada 27 Jun 2018 kategori

jagalah hati orang lain selepas mahu berdamai dengan bekas suami ini pula kata elly mazlein 1

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Kecaman melulu dalam kalangan netizen semakin menjadi-jadi apabila penyanyi dan pelakon Elly Mazlein pula menjadi antara tempias terbaru.

Dalam satu kiriman di akaun Instagram baru-baru ini, Elly, 38, meluahkan kegembiraan sekaligus menyatakan hasrat untuk berdamai dengan Azmi Hatta selepas bekas suaminya itu datang menziarahi anak mereka, Putri Sara Sefhia.

Bagaimanapun, ada pengikut yang tidak berpuas hati telah mempertikaikan kenyataan penyanyi itu angkara tidak mempamerkan foto bukti seiring ucapannya.

"Tapi tak nampak pun gambar bapa dan Sefhia bersama??? Apapun pun love!!!," tulis netizen.

Tenang menghadapi komen yang dilayangkan, Elly bagaimanapun menjawab menerusi ulasan ringkas dengan meminta individu berkenaan menghormati perasaan pihak lain.

jagalah hati orang lain selepas mahu berdamai dengan bekas suami ini pula kata elly mazlein 2

Kredit foto: Sinar Harian

"Jagalah hati orang lain," tulisnya.

Wanita berstatus ibu tunggal itu sebelum ini menceritakan niatnya yang ingin berubah menjadi insan lebih baik demi kepentingan Sefhia.

"Alhamdulillah pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy @azmi_hata. Terima kasih daddy @azmi_hata & mommy @fayekusairi.

"Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang. Selamat hari raya," kongsinya dalam entri terdahulu. 


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)