Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Penyanyi Elly Mazlein mengakui anaknya, Sefhia sering menjadi keutamaan biarpun dia sibuk bekerja.

Menurut Elly, kariernya bukanlah penghalang untuk dirinya sentiasa bersama dengan Sefhia. 

keletah sefhia seperti faham kesibukan elly mazlein 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein 

Pada masa yang sama, Elly gembira dengan perkembangan anak tunggalnya itu yang seakan memahami kesibukan kerjayanya.

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun yang amat indah dan saya rasa sangat bahagia kerana berpeluang untuk menjaga dan membesarkan Sefhia. Sefhia seorang anak yang sangat baik dan tidak banyak karenah, dia juga sudah faham dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling dia. Walau sibuk macam mana pun saya akan pastikan dia sentiasa berada bersama saya. Bila dah bergelar ibu, kalau sehari tidak berjumpa memang rasa rindu. Dia adalah segalanya dan saya memang memberi keutamaan kepada Sefhia.

Sumber: Astro Gempak 

Dalam pada itu, Elly turut memastikan keselamatan Sefhia ketika dia tiada untuk bersamanya.

Kalau saya keluar bekerja, Sefhia akan dijaga oleh pembantu rumah dan juga bapa saya, rasa lebih selesa bila ada di kalangan ahli keluarga yang pantau Sefhia ketika bekerja.

Sumber: Astro Gempak

keletah sefhia seperti faham kesibukan elly mazlein 3

Kredit foto: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)