Oleh pada 02 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menegaskan penglibatannya dalam program realiti, Oh Abang Kosmetik (OAK) musim kedua yang bakal ke udara di saluran Astro Ria bulan hadapan, bukanlah bertujuan untuk bersikap riak dan menunjuk-nunjuk.

Aliff, 31, berkata, dia teruja dengan jumlah tontonan musim pertama yang dikhabarkan mendapat sambutan hangat, justeru tidak teragak-agak menyambut tawaran menjayakan musim terbaharu ini.

“Saya mendapat maklum balas positif terhadap OAK dan rating juga khabarnya bagus. Jadi sebab itulah, penggambaran untuk musim kedua diteruskan. Cuma apa yang ingin ditekankan, OAK bukanlah platform saya menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, program ini memaparkan realiti kehidupan saya yang mungkin orang di luar sana tidak tahu atau tak pernah tengok," katanya.

Jujurnya, kata Aliff, dia hanya mengenakan barang berjenama mewah mengikut keperluan masa, bukan sepanjang hari sebagaimana yang dianggap sesetengah netizen. 

“Saya bukan bergaya mewah sepanjang masa. Pakai baju lawa, jam dua tiga utas tu pun bersebab. Hanya pakai untuk keluar televisyen dan selepas itu, saya simpanlah balik. Ramai yang tak tahu hal tersebut, mereka hanya nak cop saya yang bukan-bukan,” katanya dalam nada jenaka kepada portal Sinar Harian, ketika di Lombok, Indonesia baru-baru ini.

Terdahulu, Aliff sekeluarga bersama kakitangan d’Herbs Terlajak Laris mengikuti trip ke destinasi pelancongan popular itu, dalam usaha meraikan staf terpilih yang selama ini bekerja keras dalam membangunkan syarikat berkenaan.

ramai tak tahu hal itu mereka hanya cop bukan bukan pendedahan aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Rombongan itu antara lain disertai stokis dan pihak media.

Dalam pada itu, Aidid Marcelo yang bertindak sebagai pengarah program tersebut memberitahu, dia gembira meneruskan kerjasama dengan jutawan kosmetik itu.

“Dia tahu apa yang diinginkan. Jadi perkara itu memudahkan proses penggambaran yang dijangka selesai April depan. Apa yang boleh dijanjikan, OAK musim kedua ini lebih menarik dan apa yang dipaparkan berlaku secara spontan,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)