Kredit foto: ohwhuuut.blogspot.my

Siapa tidak kenal dengan pasangan adik-beradik popular dalam industri hiburan, aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Uqasha yang berusia 25 tahun, meledak dengan beberapa drama popular, antaranya Tundukkan Playboy Itu, Kerana Anisa, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Hero Seorang Cinderella. Tak kurang beliau turut membintangi filem-filem seperti Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 2.

Manakala, Nelydia, 23, dikenali menerusi drama Spa Q, Spa Qistina, Setia Hujung Nyawa, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup dan banyak lagi. Turut membuat kemunculan dalam filem Cinderella, Mat Tudung dan Jebat.

Adik-beradik ini sememangnya amat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih.

Terkini, Uqasha dikatakan sedang mengenali hati budi pengacara Hefny Sahad.

Untuk pengetahuan anda, Uqasha dan Nelydia mempunyai kedua ibu bapa yang tak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bukan?

Jom intai gambar ibu dan bapa kepada pasangan adik-beradik ini.

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 2

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 3

Kredit foto: cepatpanas.blogspot.my

Sumber berita: Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)