Oleh pada 28 Feb 2017 kategori

Pada 1 Februari yang lalu, pihak Kementerian Kesihatan telah memulakan pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017. Lanjutan itu, selepas berakhirnya tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini, sebarang pesalah yang didapati merokok di mana-mana tempat awam akan didenda minimum RM250 serta-merta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kini, pihak Kementerian Kesihatan masih dalam tempoh mendidik seluruh rakyat Malaysia dengan membuat edaran risalah maklumat selain memberi amaran. Masuk je 1 Jun, seramai 4,508 orang penguatkuasa yang terlibat akan mula membuat rondaan di seluruh negara. Namun penguatkuasaan ini akan dilakukan secara berperingkat.

Individu yang ingin melepaskan gian untuk merokok hanya dibenarkan merokok di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.

contoh kawasan yang dibenarkan merokok di jepun mungkin malaysia juga boleh buat konsep marilah merokok beramai ramai dan mati secara berjemaah begini

Ramai perokok yang menyindir dan kata mereka tak kisah pun dengan larangan ni. Sebab kebiasaannya, apabila kerajaan mengeluarkan sesuatu larangan atau undang-undang baru, mereka cuma akan buat selama beberapa bulan sahaja. Lepas tu undang-undang tu pun 'sunyi sepi' sebab enforcement tak ada.

Kalau 30 juta rakyat Malaysia ni semua berfikiran macam tu, nampak gayanya sampai bila-bila pun laa kita akan berada di takuk yang sama. Mentaliti tu kena mula ubah dah kot. Undang-undang digubal bukan untuk dilanggar, tapi untuk dipatuhi. Tak kisah la sama ada pegawai penguat kuasa tengah berdiri depan anda ataupun tidak.

merokok membahayakan manusia haiwan dan juga tumbuh tumbuhan

Konsep lebih kurang sama la macam undang-undang Islam. Allah dah bagitau awal-awal lagi apa benda boleh buat, apa benda tak boleh buat. Tapi takkanlah disebabkan anda tak nampak lagi balasan live api neraka tu, anda nak kata cara Allah kuatkuasakan semua peraturan-Nya tu lemah? Maka anda boleh langgar saja segala peraturan dan buat ikut suka hati? Ha, jawab la, jawab.

Kalau anda tak mahu jadi rakyat Malaysia yang berhemah dan mematuhi undang-undang sekalipun, sekurang-kurangnya jadilah seorang manusia yang bertimbang rasa. Asap rokok anda tu bukan sahaja berbahaya bagi orang dan haiwan di sekeliling anda malah ia boleh merosakkan tumbuhan juga.

lain kali boleh cuba merokok gaya macam ni

Pergi taman rekreasi nak beriadah dan hidu udara segar tapi terpaksa bau asap rokok pula. Tak ke potong stim kalau macam tu.

Harap pihak berkuasa dapat mengekalkan penguatkuasaan larangan merokok ini dengan tegas sampai bila-bila. Jangan biarkan perokok-perokok degil ni pandang sebelah mata. Kalau boleh sabitkan kesalahan denda maksimum dan penjara 2 tahun tu, buat saja tanpa segan-silu. Because they have been warned.




Hakcipta iluminasi.com (2017)