Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Forbes telah mengeluarkan senarai 2000 syarikat awam terbesar di dunia untuk tahun 2017. Agak membanggakan apabila 14 syarikat Malaysia tersenarai dalam senarai tersebut. Senarai itu dibuat berdasarkan 4 kriteria utama iaitu jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran.

Berikut adalah 10 syarikat awam terbaik di Malaysia yang tersenarai dalam 2000 syarikat awam terbesar dunia.

10.  Axiata Group

axiata

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jualan : RM21.84 billion
Keuntungan : RM512.4 juta
Aset : RM65.94 billion 
Nilai pasaran : RM42.84 billion

Axiata Group adalah sebuah syarikat dalam industri peralatan komunikasi yang ditubuhkan pada tahun 1992. Ia merupakan anak syarikat kepada Khazanah Nasional, yang juga memberikan servis teknikal dan pengurusan dalam skala antarabangsa, termasuk pelaburan dalam anak syarikatnya dan usaha sama. Antara anak syarikat Axiata Group termasuklah Celcom Axiata Berhad , PT XL Axiata Tbk dan Dialog Axiata PLC.

Axiata Group berada di kedudukan ke-1510 syarikat awam terbesar di dunia tahun 2017. Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group ketika ini adalah Jamaludin bin Ibrahim. 

9. Hong Leong Financial

hong leong bank

Jualan : RM8.4 billion
Keuntungan : RM1.59 billion 
Aset : RM199.5 billion
Nilai pasaran : RM17.64 billion

Diterajui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Khong Koon, syarikat yang ditubuhkan pada  6 September 1968 ini berada di tangga ke-1472 syarikat awam terbesar dunia. Hong Leong Financial Group Bhd adalah sebuah syarikat pegangan pelabura yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan perbankan dan kewangan, termasuklah perbankan komersial, perbankan pelaburan dan pengurusan aset, insurans, dan operasi lain. 

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini mempunyai 12,700 kakitangan ketika ini.

8. RHB Bank

rhb bank

Jualan : RM10.92 billion
Keuntungan : RM1.69 billion
Aset : RM221.7 billion
Nilai pasaran : RM20.16 billion

RHB Capital Bhd. adalah sebuah syarikat induk pelaburan, yang menyediakan perkhidmatan kewangan seperti perbankan komersil, perbankan Islam, perbankan pelaburan, pembrokeran saham, pajakan, perbankan luar pesisir, perkhidmatan amanah luar pesisir, insurans am, pengurusan unit amanah, pengurusan aset dan penama dan perkhidmatan kustodian.

RHB Bank adalah kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu yang keempat terbesar di Malaysia ketika ini. Ia terhasil oleh gabungan antara DCB Bank dan Kwong Yik Bank pada tahun 1997. Kini ia diterajui oleh Khairussaleh bin Ramli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan berada di kedudukan ke-1405 syarikat awam terbesar di dunia.

7. Petronas Chemicals

petronas 229

Jualan : RM13.86 billion
Keuntungan : RM2.97 billion
Aset : RM30.66 billion
Nilai pasaran : RM58.8 billion

Berada di tangga ke-7 syarikat awam terbesar di Malaysia dan ke-1319 dunia adalah Petronas Chemical Group Berhad. Ia merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang menghasilkan, memasarkan dan menjual petrokimia termasuklah. Ia beroperasi melalui 3 segmen iaitu Olefin dan Derivatif, Baja dan Methanol dan lain-lain.

Olefin dan Derivatis fokus kepada pembekalan, perdagangan, pembuatan, pemasaran, dan pengangkutan produk olefin dan polimer, manakala segmen baja dan metanol pula menghasilkan dan menjual metanol dan nitrogen, fosfat, dan baja kompaun. Segmen lain-lain membantu operasi bisnes petrokimia.

Ketua Pegawai Eksekutif terkini adalah Sazali bin Hamzah menerajui syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur sejak 25 Mac 1998 ini.

6. Genting

genting

Jualan : RM18.48 billion
Keuntungan : RM2.18 billion
Aset : RM86.52 billion
Nilai pasaran : RM33.18 billion

Syarikat yang diasaskan oleh mendiang Tan Sri Dato Seri Lim Goh Tong 52 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1965 ini berada di tangga ke-6 dunia, dan ke-1259 dunia. Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan dan pengurusan yang terlibat dalam industri hiburan dan perhotelan, ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah, bioteknologi, dan perniagaan minyak dan gas.

Syarikat ini juga mempunyai pengalaman dalam pembangunan, operasi dan pemasaran kasino dan pusat peranginan di beberapa bahagian dunia termasuklah Amerika, Australia, Filipina, Singapura, United Kingdom dan tak lupa juga di Malaysia. Pengerusi dan CEO terkini adalah Tan Sri Dato Seri' Lim Kok Thay, anak kepada pengasas syarikat ini.

5. Sime Darby

sime darby

Jualan : RM44.94 billion
Keuntungan : RM2.93 billion
Aset : RM64.68 billion
Nilai pasaran : RM60.1 billion

Sime Darby Berhad ditubuhkan pada tahun 2007 hasil daripada gabungan tiga syarikat iaitu Sime Darby (1910), Guthrie (1821) dan Golden Hope (1905). Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan, yang terlibat dalam perladangan, peralatan perindustrian, motor, harta, dan perniagaan tenaga dan utiliti. Ia beroperasi melalui beberapa segmen iaitu perladangan, industri, automotif, hartanah, tenaga dan utiliti, dan lain-lain.

Segmen Perladangan menghasilkan dan memasarkan tandan buah segar, minyak sawit mentah, kernel sawit dan getah; dan menapis dan memasarkan produk berkaitan minyak kelapa sawit. 

Sime Darby berada di kedudukan ke-791 dunia, dan ke-5 di Malaysia bagi senarai ini.

4. CIMB Group Holdings

cimb bank

Jualan : RM25.2 billion
Keuntungan : RM3.61 billion
Aset : RM454.86 billion
Nilai pasaran : RM45.78 billion

Di tangga ke-4 syarikat awam terbesar di Malaysia, dan ke-671 dunia adalah CIMB Group Holdings. CIMB adalah singkatan kepada Commerce International Merchant Bankers. Syarikat ditubuhkan pada Januari 2006 dan merupakan hasil gabungan beberapa buah bank iaitu :

  1. Bian Chiang Bank
  2. Ban Hin Lee Bank (BHLB)
  3. Bank Lippo
  4. Bank Niaga
  5. Southern Bank Berhad (SBB)
  6. Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB)
  7. United Asian Bank Berhad (UAB)
  8. Pertanian Baring Sanwa Multinational Berhad

Ia berada di dalam industri servis kewangan termasuklah perbankan, perbankan borong, perbankan Islam dan produk dan perkhidmatan pengurusan aset. Pengerusi syarikat ini adalah Dato' Seri Mohamed Nazir manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.

3. Public Bank

public bank

Jualan : RM18.9 billion
Keuntungan : RM5.46 billion
Aset : RM355.75 billion
Nilai pasaran : RM73.1 billion

Public Bank Berhad merupakan sebuah bank berpangkalan di Kuala Lumpur. Ia menawarkan servis kewangan bukan sahaja di Malaysia malah di kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1966, bekas Pengurus Besar Maybank, Teh Hong Piow telah mengasaskan Public Bank. Kini ia merupakan bank terbesar di Malaysia dari segi dana pemegang saham, ke-2 terbesar dari segi permodalan dan ketiga terbesar dari segi aset keseluruhan.

Ia juga merupakan antara bank terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini masih diterajui oleh Teh Hong Piow sebagai Pengerusi dan Tay Ah Lek sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Public Bank berada di kedudukan ke-632 syarikat awam terbesar di dunia.

2. Tenaga Nasional

tnb 901

Jualan : RM45.78 billion
Keuntungan : RM7.14 billion
Aset : RM129.78 billion
Nilai pasaran : RM73.1 billion

Tenaga Nasional Berhad atau TNB adalah satu-satunya syarikat utiliti elektrik di Semenanjung Malaysia, dan juga syarikat kuasa awam terbesar di Asia Tenggara. Ia bermula dengan penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949, yang kemudiannya ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara pada tahun 1965. Bagi menggantikan Lembaga Letrik Negara, selepas dua undang-undang baru menggantikan Akta Elektrik diluluskan dalam dasar penswastaan, oleh Tun Dr. Mahathir, Tenaga Nasional Berhad ditubuhkan.

Aktiviti utama TNB adalah dalam penjanaan, penghantaran dan pengedaran elektrik. Syarikat ini juga menawarkan khidmat baik pulih, menguji, menyelenggara loji janakuasa, menyediakan kejuruteraan dan banyak lagi. Ia bukan sahaja beroperasi di Malaysia, malah di Mauritius, Pakistan, India dan juga Indonesia.

TNB kini berada di tangga ke-490 syarikat awam terbesar di dunia.

1. Maybank

maybank

Jualan : RM31.92 billion
Keuntungan : RM67.2 billion
Aset : RM689.22 billion
Nilai pasaran : RM86.94 billion

Berada di tangga pertama syarikat awam terbesar di Malaysia adalah Maybank Berhad, yang juga berada di tangga ke-390 dunia. Maybank diasaskan oleh seorang hartawan perniagaan bernama Khoo Teck Puat bersama beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur pada tahun 1960. Dalam masa 3 tahun, Maybank berkembang dengan pesat menjadi 150 buah cawangan. 

Namun, pada tahun 1965, Khoo Teck Puat dikeluarkan daripada Maybank oleh Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, dengan alasan mengepam wang bank itu ke firma persendiriannya beliau di Singapura.

Kini Maybank merupakan syarikat awam terbesar yang disenaraikaan di Bursa Malaysia. Ia juga merupakan bank terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran dan jumlah aset. Di peringkat antarabangsa, aset yang dimiliki Maybank berada di kedudukan ke-179 dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)